-

Wednesday, August 26, 2009

Sama-sama kite renung


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bermaksud: "Apabila
engkau berpuasa, pendengaran, penglihatan dan lidahmu juga
hendaklah berpuasa daripada berkata dusta dan dosa.
Jadikanlah puasamu tenang, dan jangan jadikan hari engkau berpuasa sama
dengan hari engkau tidak berpuasa.
" Abu Zar berkata kepada Talik bin Qais: "Apabila engkau berpuasa,
hendaklah engkau menjaga puasa engkau sekadar yang mampu."
Talik tidak akan keluar rumah ketika dia berpuasa melainkan untuk
mengerjakan sembahyang. Bagi Abu Hurairah dan sahabat-sahabatnya,
apabila mereka berpuasa, mereka sentiasa berada di dalam masjid.

Mereka mengatakan: hendak membersihkan puasa kami..." Dan
daripada Maimun bin Mahran:
"Sehina-hina puasa ialah puasa yang hanya menahan makan dan
minum sahaja..." Tidak kira perkara apa yang dilakukan, puasa
itu tetap ada kesan dan ganjarannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...