-

Friday, March 5, 2010

Kesucian Ilmu Agama mesti diteruskan




Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiada hasad yang dibolehkan melainkan dalam dua perkara, yaitu: seseorang yang dikaruniakan oleh Allah akan harta, kemudian ia mempergunakan untuk menafkahkannya dengan hak - kebenaran - dan seseorang yang dikaruniakan ilmu pengetahuan oleh Allah, kemudian ia memberikan pengajaran dengan ilmunya itu - antara dua orang atau dua golongan yang berselisih - serta mengajarkan ilmunya itu pula." (Muttafaq 'alaih)


Hadis ini saya petik dari kitab Riadul Solihin karangan Imam Nawawi.


Sebagaimana yg telah dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadis tersebut tidak boleh sama sekali kita berdengki sesama kita kecuali, ha lafaz ‘kecuali’ menunjukkan berdengki ada saat diharuskan oleh Islam.


Iaitu dalam 2 keadaan; pertama orang yg berilmu dan orang yg berharta. Namum, golongan tersebut menggunakan nikmat kurniaan Allah itu kejalan yg benar.


Rentetan daripada hadis itu satu perkara yg ingin saya kongsikan bersama berkenaan “Ilmu Agama”.


Sebagaimana 2 minggu yg lepas saya berkesempatan bersama sahabat menganjurkan satu program “Pengajian Kitab Kuning Bertalaqqi”. Nama kitab itu ialah “Faridatul Faraid”. Kitab yg membahaskan tentang akidah.


Walaupun kami masih boleh dianggap terlalu mentah utk menganjurkan program sebegini akan tetapi Alhamdululillah dengan inayah dari Allah program tersebut berjalan dengan lancar.


Kehadiran para peserta juga memuaskan walaupun sedikit tersasar daripada target kami iaitu seramai 40 orang peserta yg datang Cuma 25 orang.


Ini mungkin ada kaitan dengan ketidakkemasan pengurusan daripada awal planing program tersebut.


Program itu kami adakan selama 3 hari 2 malam. Dengan setiap peserta menetap di lokasi yg diyakini oleh pihak kami ia memuaskan memang sangat memuaskan.


Kerana ia merupakan tempat yg tenang, nyaman dan tidak ada gangguan bunyi bising sedikitpun kerana ia terletak jauh daripada jalan besar.


Tempat yg saya war-warkan ini ialah di Kuang Sungai Buluh.


Di samping itu penyampainya tidak juga kurang habatnya. Seorang pendakwah muda iaitu Ustaz Uda Kasim. Jemputan sulong kami.


Terdapat juga program2 sampingan seperti Qiamullai, riadah dan sumpamanya. Makanan kami jaga betul2. Perkara asas berkaitan makanan kami cuba terapkan makanan sunnah antaranya ialah kurma, kismis dan madu.


Agar para peserta bersemangat ketika dalam pengajian.


Perkara yg paling menariknya dalam masa 3 hari itu kita dapat khatamkan kitab akidah itu seandainya di pondok2 ia akan mengambil masa yg lama untuk mengkhatamkannya.


Memang benar, tengok pulak kepada kesan ilmu itu bagaimana. Peserta faham ataupun tidak. Kalau masa lama perbahasan mestilah detail.


Memang benar, tapi dengan pemerhatian saya sendiri penguasaan ilmu yg diajar adalah bergantung kepada kaedah penyampai tersebut.


Bagaimana olahan yg digunakan. Mudah faham atau tidak.

2 comments:

Khairi Mohd said...

best tu. syg xikut. sibuk ngn dunia aduhai...

weekend ni gi mana abe

bhai said...

tok g mana,yie tadok plan balik kg ke bule nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...