-

Sunday, March 7, 2010

Boleh menunjukkan amalan soleh kepada masyarakat umum.

Di sana terdapat rukhsah dalam agama Islam terutama menutup perkara dosa dan tidak boleh menayangkan kepada orang awam dosa yang dilakukan malah dicerca si pelaku demikian. Seolah2 berbangga dengan dosa tersebut.

Perkara utama, ketahuilah bahawa amal soleh ketika berseorangan paling penting perlu dijaga ialah sifat ihklas dan bersih dari sifat riya’. Manakala amalan atau perbuatan zahir maknanya masyarakat umum menyaksikannya mestilah disertakan satu niat agar mereka yang melihat dapat menjadikan contoh ikutan dan masa yg sama dapat menggalakkan mereka melakukan amalan baik dengan berterusan.

Kadang2 dalam melaksanakan amal soleh menunaikan solat sunat sebagai contoh hati kita serba salah seandainya mata2 jemaah sekeliling memerhati. Itu andaian kita sahaja bukan mereka memerhati pun tapi jiwa kita berkata begitu.

Sebab itulah, untuk melaksanakan ibadah dalam hal keadaan manusia memerhati jiwa atau hati mesti mehampirkan ingatan langsung kepada Allah. Agar virus riya’ tidak dapat memasuki hati. Niat ikhlas supaya mereka yang melihat perbuatan baik mereka akan menurutinya.

Sekiranya jiwa tidak mampu untuk menghadirkan ingatan kepada Allah, kita tidak boleh menipu. Laksana seorang pemuda sedang berenang di sungai yang airnya tenang. Akan tetapi, renangannya lemah dia cuba memperbaikinya akan tetapi gagal.

Dalam masa sama dia melihat di sana terdapat sekumpulan perenang yang juga hampir lemas kerana renangan mereka lemah. Dia bersimpati dan berasa sedih. Kemudian, dia cuba mendekatkan diri dengan kumpulan mereka atas dasar ingin menolong namum apakan daya masing2 tenggelam bersama dengan dirinya sendiri.

Perumpamaan itu menunjukkan sekiranya jiwa tidak kuat, jiwa akan lalai sebagaimana masyarakat sekeliling yang sedia lalai.

Telah diriwayatkan oleh baginda s.a.w bahawa: “Barangsiapa yang melakukan kejahatan kecil daripada banyak2 kejahatan yang besar maka tutupi dengan tirai Allah s.w.t.(riwayat Al-Hakim jld 4:ms 4).

Susah juga nampaknya untuk melaksanakan amal soleh. Jika jiwa tidak kuat akibat kerap melupai Allah s.w.t. Ia lah kita orang biasa kadang2 teringin juga apabila melihat raut wajah saudara kita tenang je. Ada nampak kesan amal soleh. Lalu jiwa kita ingin menjadi sepertinya.

Akan tetapi gagal dan pasrah kita kepada Allah s.w.t. Pentingnya teruskan usaha agar kita akan menjadi seperti saudara kita tadi pada suatu hari nanti. Di saat itu orang lain pula akan mencmburui kita yang sentiasa dalam keadaan tenang kerana ingatan sentiasa kepada Allah s.w.t.

p/s: Point penting dipetik dari kitab ‘Mukhtasar minhajul ‘abidin’ karangan Dr Wahbal Zuhaili.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...