contoh:karya hamowins(khat rubaei)
1. Setiap Al-Quran yg kamu baca setiap hari ehmmm..kalau kamu semua baca lerr pernahkah terlintas di fikiran kamu semua bagaimana asal penulisannya dan bagaimana ia dibariskan dan bla bla…..?
1. Setiap Al-Quran yg kamu baca setiap hari ehmmm..kalau kamu semua baca lerr pernahkah terlintas di fikiran kamu semua bagaimana asal penulisannya dan bagaimana ia dibariskan dan bla bla…..?
2. Ayuh kita berkongsi info. Kalam Ilahi yg dibaca ditulis dan dibariskan adalah mengikut riwayat (pandangan) Hafs Bin Sulaiman Bin Al-Mughirah Al-Asadi Al-Kufiy.
3. Kemudian bunyi bacaannya pula mengikut bacaan Asim Bin Abi-Najud Al-Kufiy Al-Tabie yg mana beliau mempelajarinya daripada Abi Abdurrahman Abdillah Bin Habib As-Sulami. Syeikh Habib ni pula belajar daripada Saidina Uthman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib, Zaid Bin Thabit dan Ubai Bin Kaab terus kepada Baginda s.a.w..
4. Ejaan Al-Quran diambil daripada riwayat Ulamak yg menulis Mushaf (Al-Quran) yg diutuskan oleh Khalifah Uthman Bin Affan r.a. ke Kota Madinah, Makkah, Basyrah, Syam dan Kufah.
5. Tanda dalam Al-Quran pula kawan2 ia dirujuk dalam kitab ‘Al-Taraz ‘Ala Thobtil Khirraz’ karangan Imam Thunasi yg mengikut tanda ciptaan Al-Khalil Bin Ahmad Al-Farahidi para ulamak dari Timur.
6. Kemudian, kawan2…baca ke tak ni ke dah mengantuk!!..Uwaa..Pasal pengiraan jumlah ayat pula berdasarkan Ulamak Kufah yg diambil daripada Abi Abdirrahman Abdullah Bin Habib Al-Salmi dan terus bersambung riwayatnya kepada Saidina Ali Bin Abi Talib. Perkara ini adalah dirujuk menerusi kitab ‘Nazimatul Zuhri’ karangan Imam Syatibi.
7. Pembahagian juzuk, hizib dan rubu’ pula dirujuk menerusi kitab ‘Ghaisun Nafei’ karangan Al-Alamah As-Safaqisi, kitab ‘Nazimatul Zuhri’ Imam Syatibi, kitab ‘Tahqiq Al-Bayan’ karangan Syeikh Muhammad Al-Mutawalli dan kitab ‘ Irsyadul Qurra’ Wal Katibin’ karangan oleh ‘Idu Ridwan Al-Mutkhallilati.
9. Penentuan surah Makkah ke Madinah dirujuk daripada Abi Qaim, Umar Bin Muhammad Bin Abdulkafi.
10. Itu serba sedikit utk info kawan2….
No comments:
Post a Comment