-

Tuesday, April 27, 2010

Wahai anakku tidur elok2


Al-Kisah seorang budak yg duka nestapa kerana ibunya batukkkk….ehmm ehm ehmm..Selingan kata2 iklan ubat batuk!


Adik tidur elok2. Kata seorang ayah kepada anaknya kerana tidur memang kalau tak berpusing 360 darjah maka tak sah.

Panggil seorang ayah kepada anaknya ‘Adik’.

Eh..fikir punya fikir patut ke kita sebagai ayah panggil adik kepada anak kita. Kan dia anak kita panggil ‘anak’ ler.

Kerana saya teringat ketika keluarga angkat berkunjung ke rumah bulan lepas. Semasa dia berada di rumah. Sempatla saya bermain dengan anak yg melentang di atas tilam. Jap jap meniarap. Saya betulkan pahtu meniarap pula.

“Adikk…diam diam tengok tu sapa datang ‘Ummi’ ” Saya cakap ke harraz. Ummi tu emak angkat yg tinggal di Subang Jaya.

“ Apa hamdan..kau panggil apa ke… anak engkau..adikk” Dia dengar saya panggil adik lantas dia tegur.

“ Kan anak kau tu…bukannye adik kau..” Dia jawab lagi dengan muka selamba.

“Eh Ummi biasa dah hamdan panggil ‘Adik’ panggilan manja la katakan..”

“Ye tapi takkan kau tak tau..dalam hukum Islam boleh ke kita berbahasa macam tu” Terus je Ummi menerangkan saya bab seorang ustazah.

Alamak gedebub! Semacam terasa ditumbuk di dada. Maka teringat saya kepada ayat Allah s.w.t. yg mengisahkan hamba yg soleh dalam Al-Quran iaitu kisah Luqman yg menasihati anaknya.


Apa ayat yg Allah s.w.t. guna ketika mana Luqman menasihati anaknya tentang perkara yg baik dan buruk.


“Ya Bunayya” Wahai anakku. Allah tidak pula guna “Ya Akhi” Wahai adikku.


Kemudian, panggilan ‘adik’ dan adik tu istilah biasa yg digunakan oleh masyarakat sekarang ini. Cuba kita sama2 fikir…


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...