Wednesday, May 19, 2010

Di mana silapnya?


Tengok mak tertutup lingkup tapi tengok anak perempuan pula lain keadaannya. Berbeza fesyen walaupun sudah akhil baligh.

Mengapa keadaan seperti ini berlaku?

Di mana silapnya? Mak bertudung sedangkan anak perempuan yg sudah sampai tahap di wajibkan menutup aurat tidak berbuat demikian.

Hilang entah ke mana sifat sentiviti terhadap larangan Allah s.w.t..

Apakah kita ingin melabelkan mak ayah tidak mengetahui tentang menutup aurat?

Atau mereka sudah mengetahuinya, tapi tidak berdaya untuk merealisasikan terhadap anak perempuan mereka.

Mengapa mereka sanggup membuta tuli akan larangan Allah.

Tidakkah mereka takut!

Hari pembalasan yg pasti mereka kunjungi. Tanpa ragu-ragu.

Namum, setiap hari kita berasa tidak senang apabila akhbar menceritakan tentang penularan H1N1 yang semakin meruncing.

Dalam masa yg sama kita tidak sedikitpun berasa runsing tentang penularan penyakit ‘Liberalism’ dalam beragama.

Tidakkah kita lupa apa yg telah berlaku kepada Dr Faraj Faudah. Tokoh secular Mesir yg mati ditembak orang dan dikatakan murtad oleh tokoh terkemuka Mesir pada waktu itu(1945-1993) Muhamad Al-Ghazali.

Semacam dalam kepala otak kita tidak wujud walaupun sekecil space yg menyimpan maklumat tentang agama.

Yang paling banyak space adalah berkaitan……entahla jawab sendiri.

Saya kesian dan sentiasa berfikir sekiranya melihat golongan sedemikian, Ya Allah mengapakah engkau tidak menyuluh hidayah ke dalam hati2 mereka?

Agar hidup mereka terang benderang. Mana bahagian jahat mereka tinggalkan dan begitu sebaliknya.

Cuba kit abaca sama2 hadis di bawah ini:

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda:“Ada dua golongan dari ahli neraka yang
belum pernah saya lihat keduanya itu:
(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka
pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);
(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang,
yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan
orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta.
Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan
mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh
perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim
)

Mengapa, kenapa dan apakah faktor2 para2 remaja perempuan sekarang kebanyakkan mereka tidak ambil berat mengenai kewajipan menutup aurat.

Faktor pemakanan ke, kecetekan ilmu ke, keluarga ke, kawan2 ke atau pemimpin ke dan banyak lagi faktor2 yg boleh kita listkan di sini. Sama2 lah kita menasihati diri kita dan sahabat2 sekelian.

5 comments:

joegrimjow said...

sangat sudah mahu akhir zaman

Khairi said...

tadi nak gi kijo, kakak tu pakai tutup belako tapi baju lut sinar, lebih lut sinar daripada supit rokrak Giant.

meroh keno ketik nyamok pun napok. Nok kato bengong kesian. tapi mmg bengong rasa nak sound je tadi.

baju jarang mcm pukat nelayan, kat dalam cuma pakai coli hitam. nampak semua. pakai tudung. gila betul!

bhai said...

yie: silap tak ambik gambar..

eT said...

betui3...xpahAm org2 camni..huhu

Pink Glasses said...

tu la org kata.. iman tak dpt di warisi..
tp setidak-tidaknya mak ayah kena la tegas ajar didikan agama..
herm,. betul.. dunia akhir zaman...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...