-

Friday, July 16, 2010

2 minggu seolah 2 tahun

Sampai je rumah 2 minggu yg lepas tetiba saje air mata mengalir. Entah mengapa dan kenapa? Tak de pe…Ia ke tak de apa mesti ada apa2 nie.

Memang ada sbb sbbnya teringatkan putera kesayangan balik bercuti di kampung.

Rumah yg sebelum ini kadang2 dihiasi dengan tawa dan gelak anak lelaki kini sunyi buat sementara. Di setiap penjuru rumah selalu di lapnya lantai dengan baju. Kan dia suka meniarap sambil mengesok!. Tapi sekarang senyap.

Memang hati lelaki kekadang bertukar ke arah mirip hati seorang perempuan. Mudah menitiskan air mata. Tapi dengan bersyarat dan ada sbb yg sangat munasabah. Bukan macam perempuan ada juga mengangis tanpa sebab.

Hari ini hati kembali ceria. Sedikit suka mula membunga di bibir. Terngiang2 di hadapan seolah2 kelihatan wajah anak lelaki sedang ketawa. Sangat memikat hati.

Kenapa tidaknya, petang ini Insyallah saya akan bertolak balik ke kg Besut Terengganu.

Terasa tidak sabar utk balik tambahan saya dapat tahu bahawa Mohd Harraz Bin Mohd Hamdan sekarang mengalami demam. Haraz demam! kesian juga kat ummi dia mesti sepenuh bersama kerana kemanjaan menjadi2 apabila dia demam.

“Abg haraz demam makan sekarang kurang sikit asyik nak mengomeng je..susu botol pun tak mahu isap” Tegas zaujah semalam melalui telefon.

“Ye la badan dia tak sihat kan..”

“Letak kat bawah pun tak mahu..tinggal kejap nangis…dia asyik nak berdukung je”

“Sabar syg memang mana2 budak yg tak sihat akan menjadi lebih manja daripada biasa”

Saya menasihati zaujah agar lebih kuat. Dia kecik lagi lagipun dia tak sihat. Kesian…..

Dia demam maybe ada beberapa sbb bagi firasatku:

1. Kehendak Allah. Memang pasti tanpa diragui. Allah ingin menguji mak dan ayahnya boleh sabar ke tidak.

2. Mengalami peralihan umur. Mengikut orang tua2 bagitau biasa budak pabila nak tumbuh gigi dia akan demam nak beralih umur pun kadang2 demam. Mungkin dia beralih umur kot. Fikir saya.

3. Teringat ke abi. “Haraz teringat kat abg kot…”saya bilang kat zaujah apabila dia memberitahu bahawa haraz demam.

4. Cuaca kat kg sedikit panas sekarang. Salah satu sebab mungkin.

Apapun yg penting petang nanti saya akan berangkat pulang….2 minggu berpisah seolah2 2 tahun.

4 comments:

Insyirah said...

Moga Allah permudahkan perjalanan pulang ke kampung & moga si kecil Harraz cepat sembuh, ameen.

Mhamdan said...

Ameen, syukran insyirah. Maaf insyirah hari tu tak sempat bersama2 ngan zauj insyirah pergi rumah ummi. Sbbnya ana dah explain ke zauj.

paan said...

hehe.keluarga bahagia...

Insyirah said...

Khair, insya Allah :)

Tak apa, haritu pergi rumah ummi dengan Ust Hasmin sekeluarga. Lama juga, borak panjang di rumah ummi. Alhamdulillah.

Insya Allah ada masa boleh jumpa Harraz.

(Insyirah)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...