Thursday, July 15, 2010

Berpeluh-peluh

Penat jerih dan sakit keting kaki berjoging. Punya la ramai manusia kat tasik ss 7 Shah Alam bila waktu petang. Kebanyakkan student. Tak student Unisel atau uitm sbb lokasi dekat dengan tasik tersebut.

Berjoging tu molek sangat utk sihatkan badan tapi yg tak baiknya dan membulukan mata melihatnya ialah kaum yg tak pandai jaga adat sopan pergi utk melepas rinduu…bercouple!.

Punyanya tak sihat kepala otak diorang!.

Kita pergi utk sihatkan otak tapi mereka pergi utk merosakkan otak!.

Bukan otak mereka dah rosak tapi kepala otak kita turut nak rosak. Dah dok tengok jalan dua2 yg perempuan sepatah haram kepala tak tutup sesuai sangat la dengan perangainya.

Tempat awam utk orang awam manfaatkan tanpa gangguan. Tak kira gangguan dalam bentuk apa. Yg pasti golongan couple ni memang mengganggu ketenteraman orang awam yg ingin bersenam sihatkan badan.

Orang muda remaja sepatutnya tunjuk perangai yg terbaik. Lelaki terutamanya tak de faedah sekiranya belajar tinggi2 tapi maksiat yg remeh tak boleh nak elak.

Hang dok jalan berdua2 dengan perempuan apa hukumnya, try Tanya ust!.

Tentulah haram!.

Buat benda haram tak malu sikit pun. Orang awam tengok. Malula sikit!.

Cuba bersabar banyak2..saya tahu mereka yg suka bercouple ni mesti dalam kepala otak mereka ada kurang sikit. Something missing.

Mereka bercinta. Bercinta la konon sehidup semati. Entah sapa yg mati dulu. Entah sempat kahwin ke tidak.

Wahai kaum lelaki budak student, dengar sini. Mak hantar belajar dari kg keluar ke Bandar. Belajar betul2. Saya tidak nafikan dalam jiwa ada sedikit cetusan hawa nafsu inginkan wanita. Hanya tunggu masa dia meletup! Pow…sekiranya terkena percikan api dari panahan jiwa wanita.

Jadi, jangan cuba bermain api. Kecil kawan besar ha tau la sendiri apa akibatnya.

Waktu belajar belajar betul2. Kalau nak couple sangat kahwin. Nak kahwin guane bang saya masih belajar lagi. Belajar ke tak belajar bukan alasan utk tidak kahwin.

Bagitau mak saya nak kahwin dan tak rela dah nak turut nafsu. Penat macam berjoging. Berpeluh-peluh.

Ha kan mudah. Tak menyerabutkan orang ramai. Dosa terhindar dan otak pun sihat. Ditambah lagi rezki melimpah ruah.

Fikir baik2 wahai orang muda sebelum kamu jadi tua.

Sebagaimana Sabda Nabi yg bermaksud
“Rebut lima perkara sebelum lima perkara antaranya ialah masa muda kamu sebelum masa tua kamu”.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...