Tuesday, October 26, 2010

Mata lalat VS Mata Lebah

Kita ingin bercakap tentunya melibatkan mulut, bibir, gigi dan yang paling penting sekali lidah. Lidah pula mesti dalam keadaan baik. Tidak kelu. Walaupun lidah kelu tapi mulut masih boleh ternganga dan percakapan konfem tidak boleh ditutur dengan baik. Pendek kata, satu patah percakapan yang ingin dituturkan semua anggota bahagian mulut terlibat tiada langsung dengki mendengki tanpa memikirkan soal keuzuran dan kemalasan.

Itu baharu soal percakapan tidak lagi melibatkan soal kenegaraan yang merangkumi manusia sejagat. Aman atau tidak aman kehidupan. Masing-masing harus memikul tanggungjawab dan melaksanakan tanggungjawab tersebut. Itu antara kaedah untuk mendapatkan keamanan.

Tapi persoalannya, daripada manakah keamanan itu lahir? Adakah ia lahir menerusi jiwa seseorang atau daripada tanggapan orang lain kepada pihak yang kedua. Sebagai contoh dia melihat si fulan dalam keadaan aman. Hidupnya penuh dengan kegembiraan, keceriaan dan keharmonian. Tapi itu hanya tanggapan bagi pihak yang melihat menerusi watak luaran sahaja. Akan tetapi, hakikat yang sebenar belum pasti.

Justeru itu, keamanan boleh kita ketegorikan sebagai satu sifat bukan sejenis berjisim atau hayula(dalam bahasa arab). Yang mana dalam ilmu balaghah sifat tidak boleh berdiri sendiri tanpa bantuan benda lain. Ia ternyata bersandarkan kepada sesuatu bagi menzahirkan bahawa ia ada atau ia wujud pada masa tersebut.

Sebagai contoh: Budak itu gemuk. Bagaimana kita dapat mengetahui bahawa budak itu gemuk? Sudah pasti budak itu bersifat dengan sifat kegemukan. Jawapannya mesti sifat gemuk itu tidak akan ada kecuali dengan adanya tubuh budak. Maknanya ‘gemuk’ tidak boleh berdiri sendiri bagi menzahirkan sifatnya. Tidak dapat tidak, tubuh mesti wujud.

Begitu juga dengan sifat sedih, marah dan seumpamanya. Keamanan atau aman juga kita ketegorikan sebagai kumpulan sifat. So pengertian adalah sama sebagaimana kita bincang pasal perihal gemuk tadi.

Budak itu aman. Maka, amannya budak itu mesti bersandarkan jiwa, perasaan, naluri dan pemikiran budak itu. Tapi pelik, mengapa ada pihak yang tidak menghargai langsung keamanan yang ada dalam jiwa masing-masing. Seperti ia sengaja tidak mahu diluahkan atau tidak mahu ditonjolkan. Akan tetapi, sebaliknya yang berlaku. Aman disekat dan di pagar dengan perangai yang langsung tidak layak untuk jiwa yang aman melingkari dalam segenap kehidupannya.

Bangun pada waktu pagi muka kelihatan lesu seolah-olah tidak cukup udara. Makan dan minum cukup. Duit tidak jadi masalah. Pasti ada duit untuk dibelanjakan dalam hidup harian. Mengapa tidaknya, zaman sekarang zaman duit. Nak berak pun duit dan nak kencing pun kena pakai duit.

Itu mungkin antara sebab mengapa Negara Pakistan di Bandaraya sadar sebagai contoh tidak berapa bersih keadaan bandarnya. Lebih-lebih lagi di tepi-tepi pagar bangunan dalam keadaan yang amat kotor. Bukan setakat kotor ditambah pula dengan bau hancing air kencing. Mesti dikencingnya orang awam. Dah nak kencing dalam toilet kena bayar daripada membazirkan duit walaupun satu rupee baik aku simpan je duit. Perseolannya mengapa kita masih tidak berasa aman.

Berbalik kepada tajuk post mata lalat vs mata lebah. Mata lalat mana pulak ni nak berlawan dengan mata lebah. Itu kiasan sahaja. Pemahamannya begini. Sekiranya manusia yang muslim khususnya mereka lebih suka untuk bermata lalat. Nescaya kehidupan mereka tidak akan aman. Apa maksudnya?

Maksudnya dia sengaja mencari kejahatan sebagai perhiasan diri dan kejahatan dalam diri orang lain. Sebagaimana relation mata lalat yang suka melihat kepada benda yang kotor. Begitu juga saya menganggap orang yang suka melihat benda yang tak elok seperti mata lalat. Kerana lalat tanpa disuruh dan tanpa dipaksa pasukan mereka akan mencari benda kotor seperti sampah sarap dan seumpamanya. Bukan setakat lihat tapi dia enjoy habis-habisan.

Berlawanan dengan bermata lebah. Krateria sang lebah lebih gemar melihat kepada benda yang cantik seperti bunga. Untuk mendapatkan madu tentulah sang lebah terlebih dahulu akan survey bunga yang cantik . Maka dari itu akan terhasillah madu yang manis dan berkhasiat.

Jadi, untuk sematkan keamanan dalam jiwa kita mesti bermata lebah. Jauhkan diri dari mengata orang. Biarlah dia hidup dengan cara dia jangan kita susah pulak. Tak senang duduk. Lihat jiran tukar kereta pun susah. Beli perabut baru pun susah. Lastly, dia sendiri hidup susah tak senang-senang sampai ke akhir hayat.

Cuba kita tengok dan perhatikan dalam konsep pemerintahan Negara kita. Negara Malaysia. Mengenai hal ehwal politik. Saya hairan kenapa orang melayu kita suka sangat cari kesalahan orang lain. Dah la orang kita ramai yang mudah lemah. Kita pulak menambahkan kelemahan yang sedia ada.

Mungkin dah jadi tabiat ahli-ahli politik. Baik Umno dan Pas. Saya tak menyebelah mana-mana pihak. Masing-masing suka mengata. Kau itu la ini la. Bla bla…Mengapa dia tak abaikan tabiat kata mengata tukar kepada tabiat nasihat menasihati. Mengata letak tepi. Yang lebih teruk lagi serangan fitnah bersifat peribadi. Dia meliwat ler dia tu kena liwat ler macam-macam. Sampai tak masuk akal pun ada.

Itulah wajah hal keadaan Negara kita sekarang ini. Wajah come tapi bukak baju kurap penuh!.Eeee. Sapa la nak. Nak kawan pun terasa segan. Wassalam.

2 comments:

Shafika Syuhada Rosli said...

typical malays . ==> x suke perkataan neh, tp kebanyakkan camtu la yg diorang .

Mhamdan said...

apa maksud shafika,x suke perkataan neh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...