-

Sunday, November 7, 2010

'Halloween' utk Kristian bukan Islam

Dalam metro hari ini


Menggelang kepala sambil mengucap Astaghfirulla hal a’zim baca metro hari ini, inikah watak artis yang di gilai para remaja sekarang ini. Mereka di sanjung bagaikan orang yang termulia di dunia. Seolah-olah dia malaikat turun dari langit, tapi hakikat yang sebenar sangat2 mendukacitakan kita sebagai seorang yang beragama Islam.

Jadi saya rasa terpanggil untuk membuat sedikit komentar, bukan untuk para pembaca blog khususnya malah yang paling utama kepada diri saya sendiri. Saya takut kepada diri saya sendiri, takut terlibat sama menghalalkan benda maksiat.

Kesian, kesian dan campur sedih sekiranya suluk atau cara hidup ini menjadi ikutan remaja. Kita tak tuduh para pelakon semua jahat tapi apabila berlaku masalah sebegini seolah-olah sengaja membuka pekung di dada.

Umpama berbangga teramat sangat sekiranya orang luar tahu yang kita buat benda jahat. Apa ke hal, kita dok meraikan bersama ‘Halloween’ upacara kristian tu. Apa ke jadahnye.

Kita kan orang islam, sensitif la sikit. Kalau nak buat jangan dok heboh sudah la. Rosak habis budak-budak remaja. Dah la mereka ni mudah terikut. Tengok pelik sikit dah syok sendiri.

Teruk betul, apabila cakap bukan main pandai lagi. Allah itu adil la, rezeki di tangan Tuhan la, pandai, bercakap memang pandai. Seolah-olah seorang mukmin sejati. Kelakuan di luar ….Allahhhh, mengucap kita dibuatnya.

Ada juga manusia jenis macam ni. Ini orang Malaysia bukannya orang Thailand, Amerika atau orang asli batak yang masih pakai cawat kat dalam hutan, lantak mereka la yang kafir tu.

Tapi kita orang Islam, bang itu hak milik individu. Dia punya hal la, apa nak sibuk pasal orang pulak. Pasal orang la patut kita ambik kisah kalau pasal binatang lain la pulak kisahnya sebab kita seagama, satu bangsa bab kat PM kita semua satu Malaysia.

Kesian dari awal lagi saya dok sebut kesian, ye la kesian ingat kan Allah banyak2. Jengok ke seberang sehingga hari ini masih bergelumang dengan debu panas di Merapi Yogyakarta. Banjir lagi tsunami lagi macam-macam bala Allah turunkan. Takkan kita nak tunggu bala Allah turun kat negera kita baru nak insaf.

Sebagai orang Islam, ayah Islam, mak Islam, adik-beradik Islam kena jaga tatasusila seorang Islam. Kesian kat diri tu, sebab mati nanti kita berseorangan. Tak de dah Halloween ke, persembahan ke, joget2 ke tahu la nanti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...