-

Friday, July 2, 2010

Khutbah jumaat masjid neg. Shah Alam 2/7/10 (Ketentuan Ilahi)

Salam sume, semoga sihat sejahtera. Sebagaimana yg anda tahu hari jumaat merupakan penghulu segala hari.

Satu hari yg diistimewakan oleh Allah kepada umat Islam. Antara keistimewaannya ialah pada hari ini sembahyang zohor tak yah ganti sembahyang jumaat.Maknanya kita sembahyang kurang daripada 4 rakaat jadi 2 rakaat.

Antara lainnya lagi luang bicara agama yg disediakan oleh Allah hendaklah kita sempurnakannya dengan seelok mungkin. Luang yg dimaksudkan ialah ‘khutbah’.

Jadi, khutbah hari ini Khatib telah membincangkan tajuk ‘Ketentuan Ilahi’ atau dalam bahasa lain ‘Qada’ dan Qadar Allah s.w.t’..

Para sidang jemaah sekelian:

Dalam surah Al-Ahzab ayat yg ke 38 Allah s.w.t. telah menerangkan bahawa segala urusan kerja agama telah ditetapkan oleh Allah s.w.t..

Urusan para Anbia’ dan para sahabat menyebarkan agama Islam dengan penuh rintangan dan halangan dari pihak kafir quraish. Walaupun begitu, penyebaran agama Islam diteruskan tanpa menoleh ke belakang. Sehinggalah kita dapat menikmati keindahan agama Islam itu sendiri sehingga kini.

Para hadirin sekelian:

Di sana ada seorang ulamak menceritakan perihal seorang pemuda yg mencuri. Ulamak bertanya kepada pemuda tersebut “kenapa kamu mencuri wahai pemuda tidakkah kamu boleh mencari rezeki dengan bekerja sendiri”

Apa jawapan pemuda itu. Pemuda itu menjawab “Allah telah menqada’kan saya untuk mencuri sebab itulah saya mencuri”

Lantas selepas mendengar jawapan itu ulamak mengarahkan agar tangannya dipotong!.

Mengapa dia menyalahkan perbuatan mencuri kepada Allah s.w.t..Gelak jugak mamat sorang ni.

Fikir secara rasional mestilah Allah mengizinkan perbuatan tersebut. Kalau tak, mana dapat pemuda itu mencuri. Allah boleh buat segalanya. Allah nak jadikan dia menjadi lumpuh ketika mencuri atau sebagainya.

Manusia kan ada fikiran ditambah aqal lagi hati lagi kenapa hang tak mau guna!.

Kan tak cerdik tu kalau ada sesiapa yg membahas sedemikian. Dia buat jahat nak salahkan Allah.

Kemudian pilihan baik atau jahat mana kita yg tentukan!.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...