Monday, June 21, 2010

Kegilaan piala dunia, jangan kita jadi gila sudah


Gila tetap gila. Orang yg sudah disahkan gila oleh para2 doktor sakit jiwa atau dalam istilah bahasa Englishnya psychiatrist.


Tapi biarkan diorang sekarang kita ingin bincangkan perkara kecik tapi besar. Benda halus tapi kita tak berapa sedar bahawa benda yg terkadang kita buat ni adalah dilarang dalam agama Islam.


Tempias ‘gila’ tu sedikit terkena kepada kita. Apa tidaknya macam kelawar setengahnye tu sanggup diorang bersengkang mata dok layan piala dunia sampai pagi.


Kalau bersengkang mata utk solat tahajjud mampuih tak bangun…aduihhh. Biasa la kita manusia bukannya malaikat.


Bab kata pelakon lawak terkenal yg masih panas lagi berita penangkapannya kerana dadah. “Saya manusia biasa juga tak semestinya orang yg tak pernah masuk penjara confirm akan masuk syurga” Betul la jugak kata si pelakon tu.


Tapi dalam sedar tapi diam eh betul ke pepatah ni. Dalam diam tapi sedar agaknya, tak perasan kita bertaruh skor perlawanan bola.


Sebagai contoh “ha kalau Argentina menang malam ni aku belanja kau sume dan kalau dia kalah kau sume belanja aku”.


Kira bertaruh ke apa tu! Bertaruh la tu..judi tu judi. Dalam Islam secara terang judi ni haram bukan halal atau halam. Haram!


Tok sah ler main taruh2 macam tu. Setakat skor untuk diri sendiri sudah buat andaian. Brazil menang malam ni 3-0 ke setakat tu saje.


Cuba baca artikel ust Zaharuddin utk maklumat yg lebih terperinci pasal ni http://www.zaharuddin.net/content/view/931/72/. Ok, so beringat2lah selalu. Jaga iman baik2!

10 comments:

Insyirah said...

Alhamdulillah. Ada juga yang mengingatkan perihal taruhan :) Memang excited sangat dengan bola sampai terlupa macam-macam perkara, asyik dengan dunia... Teringat satu kalam indah;

"Anak-anak akhirat tersenyum sinis melihat anak-anak dunia berlari mengejar sebiji bola!"

Ada 2 makna di situ. (",)

Mhamdan said...

Insyirah: Ape maknanye tu...

joegrimjow said...

klu pukul 2.30 pagi tu sepak mula, kul 2 sembahyang la dulu

Kie-yu said...

huhu
nsib bek tak gile bola
selamat ai!

Khairi said...

jeng koil main judi bola haih! ntah la bila nak insap...

Mhamdan said...

kie-yu: yo ambo stuju ngan pendapat demo, semaye dlu baru tengok bola jange pulok semaye ble2 tengok bola...bahyo!

Mhamdan said...

saloh pendapat joe ler;semaye dulu:)

Insyirah said...

Maksud Pertama :

Orang yang beringat tentang kehidupan akhirat hanya melihat mereka yang mengejar dunia secara sinis. Kasihan dan simpati kerana "anak-anak akhirat" meletakkan dunia hanya ditangan supaya mudah dilepaskan. Sedangkan "anak-anak dunia" meletakkan dunia di hati, berat nak berpisah dan lupa hakikat mati.

Maksud Kedua :

Napa 11 orang bersungguh-sungguh kejar sebiji bola, bila dah dapat dia sepak pula... Hehehehehe. Maka, ana yang tak bermain bola ni memandang dan tersenyum sinis je lah. :)

Mhamdan said...

OOO..sbb insyirah tak minat bola ler tu kalau jawab macam tu kalau ana jawabnya; memang rule football satu bijik bola je boleh bagi kalau bagi setiap orang pemain jenuh la pulak kena tambah gol nyer, ke guane?

الوردة الشوكية said...

Baiklah, baiklah...

Memang itu rule :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...