Thursday, November 25, 2010

Pok Hakim bermuka merah

Luqman Al-Hakim akan masuk darjah 2 tahun depan.


Hempedu memang terlalu pahit untuk ditelan lebih2 lagi sekiranya ia pecah di bibir yang kering. Namun, bibir yang kering perlu dibasahi dengan air yg sejuk semestinya. Jikalau tidak ia akan menggelupas dan terus menggelupas.

Itulah ibarat seorang anak kecil yang belum sempat mendapatkan kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa. Kerana mereka terlibat dalam kemalangan ngeri membabitkan kereta wira dan avanza 2 tahun yang lepas. Itulah peristiwa hitam yang menimpanya. Peristiwa tersebut ibarat hempedu yang pecah di bibir dan terpaksa ditelannya.

Pok Hakim panggilannya atau nama sebenar Luqman Al-Hakim Bin hamzah kalau nak kenal gambar dah terpampang di atas. Siapa dia dan apa kaitan dengan post saya pada kali ini.

Ceritanya dia anak saudara ust hamdan kot atau anak sepupu. Tak pun adik ipar. Semua status yang di nyatakan itu adalah jauh sama sekali atau orang India cakap nehei hei ‘bukan’. Dia langsung tak de pangkat ‘anak’ akan tetapi berpangkat ‘bapa’. Bapa kepada saya. Ehmm bapa, biar betul!.

Pendek kata yang sebenar dan realitinya Pok Hakim adalah bapa saudara saya, tak percaya. Kalau tak percaya baca biar habis dulu post ni. Aik…garu kepala yang tidak gatal sekejap. Yea ke. Bapa saudara apa kecik lagi nampak.

Itulah la sebab, bukan setakat awak yg konfeus pasal Pok Hakim tapi kat luar sana rata-rata individu yang berurusan dengan kakak dan dia pasti mereka akan mengatakan dia tu anak dan kakak dia tu emaknya.

Jadi rentetan kisah yang terpalit dalam buku kehidupan Pok Hakim terlalu sadis. Saya sendiri selaku anak saudara sabit selalu bertanyakan halnya. Ketika di rumah di kampung bersamanya seolah-olah macam anak sendiri ke mana sahaja saya pergi dia pasti ingin turut serta ikut saya.

Itulah Pok Hakim panggilan yang saya panggil, di sebabkan dia berpangkat bapa kepada saya. Jadi sesuai sangatlah dengan panggilan ‘Pok’ bagi dia.

Jadi ketika mana orang Islam sedang sibuk membuat ketupat utk hari raya Aidilfitri. Tiba-tiba kami sekeluarga dikejutkan dengan panggilan dari salah seorang anak mangsa eksiden, memberitahu ayahnya eksiden di grik, Perak.

Kami semua terkejut kerana dalam perjalanan dari besut menuju ke Ipoh ayahnya bukan berseorang malah 4 orang lagi bersamanya termasuk ayah dan mak Pok Hakim termasuk Hakim itu sendiri.

Walaupun begitu, alhamdulillah dia terselamat, pernah satu kali saya tanya kepada dia “Hakim ingat dok masa eksiden hari tu Hakim tengah buat apa ”. Selamba dia jawab “Hakim tidur tak ingat apa2”.

Sejurus selepas kejadian sempat 3 hari dia berada di dalam wad, yang mana kedua matanya bengkak dan tidak boleh dibukak.

Mana tak bengkak nurse cakap dia asyik menangis je sambil berteriak memanggil “makkkk ..makkkk…adik dok sorang ni”. Siapa tak sedih mendengarnya. Semua orang sedih tapi itulah peristiwa yg terpaksa di terima oleh Pok Hakim menyebabkan dia menjadi seorang anak yatim piatu.

Kemudian perihal dia bapa saudara saya, ye memang dia bapa saudara kepada zaujah saya.

Maknanya ayah dia ialah tok kepada zaujah saya. Pendekkan cerita tok saya ni kahwin ramai biasalah orang dulu-dulu suka kahwin kemudian bercerai kemudian kahwin lain.

Jadi emak kepada Pok Hakim ni merupakan isteri yg ke 9 dan yg terakhir. Dah isteri 9 orang anak entahla berapa saya kurang pasti.

Sekarang kehidupan dia dah kembali ceria bersama keluarga zaujah saya.

Mak dan ayah zaujah di beri tanggungjawab sepenuhnya oleh kelurga untuk menjaga Pok Hakim. Maknanya Pok Hakim sekarang hidup bersama kakak dan abang sulongnya.

Walaupun dia tinggal bersama abangnya tetapi dia tetap panggil ‘ayah’ sebab dah semua ahli keluarga yang lain panggil ayah.

Akhir sekali Pok Hakim kat mukanya ada tanda merah perasan tak tengok sekali lagi gambar kat atas tu. Tanda sejak lahir lagi dan tengok kat bawah gambar keadaan kereta yang eksiden.




Remuk memang teruk.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...