-

Monday, December 27, 2010

Kakiku masih melangkah




Di pantai balok Kuantan mata merenung jauh ke ufuk mentari yang semakin melabuhkan suasana. Suasana siang kepada malam. Ingatkah kita sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud “kami gilirkan malam dan siang”. Ia merupakan satu tegasan Allah kepada makhluk mahu mengelak dari melaksanakannya nescaya tidak mampu. Kiranya kena patuh! Siang kena patuh malam juga demikian.

Begitu juga aku makhluk Allah dan merupakan salah satu di antara manusia yang berbilion-bilion melata di atas muka bumi masih mencari sesuatu yg pasti. Pasti itulah nanti akan memberi kelegaan yg amat sangat dan tidak mungkin akan membawa penyesalan selamanya untuk aku.

Pasti itu adalah hidayah. Hidayah Allah yang bersifat luas tanpa berukuran melitupi sesiapa sahaja yang dikehendaki Yang Maha Esa.

Di sana sepasang tangan manusia yang masing-masing butuhkan kuasa, tamakkan harta dan lupakan peringatan Allah yang mereka akukan “aku yang berkuasa tiada siapa yang boleh mengatasi aku”.

Semua itu umpama mitos pahlawan dahulu kala yang telah melakar secubit ingatan di setiap benak manusia. Perlukah kita ingat dunia mitos barat seperti Hercules dan Odysseus ataupun mitos kita sendiri seperti kisah Pandawa lima dari Mahabharata. Begitu juga mitos yang lebih terkini seperti kisah Frodo dalam Lord Of The Ring dan Harry Potter.

Walaupun beridentiti mitos mereka mahukan kuasa. Ke semua ini tentunya tercatat dalam kajian oleh ahli mitologi seperti Joseph Campbell dalam Hero’s Journey.

Itu antara wajah feel manusia rata-rata gilakan kuasa. Dalam dunia fantasi baik maupun reality. Sama juga dengan aku yang bersamaan sifat tapi feel itu nau’zubillah minta Allah jauhkan. Apabila diterjah feel itu semacam manusia tidak mahu menerima hakikat bahawa manusia adalah kelompok makhluk yang lemah.

Ingatkan itu pandanganku mula mengalih ke arah lain. Dari arah ufuk ke arah muda mudi yang masing-masing kelihatan berseronok berlari-lari keanakkan mengejar pasangan masing-masing. Dengan husnun zan mereka sudah berkahwin mungkin.

Apakah mereka tahu apa yang sedang aku fikirkan?. Lagi satu pernahkah mereka memikirkan apa yang sedang aku fikir?.

Perjalanan kakiku masih jauh. Terus menjejaki denai kehidupan yang berliku-liku. Kekadang terhenti dek simpang. Simpang tiga mahupun simpang empat. Dengan setiap simpang adanya arah tuju. Mana satu arah tuju yang perlu aku lalui. Saat itu sering aku menggelengkan kepala. Arghhh! susah betul. Seolah aku tidak mampu mengaturkan langkah kakiku ke arah yang betul.

Astaghfirullah…astaghfirullah…..

Ingatkan kisah ketika peristiwa hijrah Nabi saw bersama Abu Bakar ra di gua sur di bukit Hira yang ketika itu menghadapi saat klimaks. Di antara hidup dan mati pertarungannya. Pihak kafir kuraisy semacam tidak mahu mengalah untuk mendapatkan mereka berdua.

Abu Bakar ternyata kelihatan bimbang. Beliau bimbang bukan kerana akan kematiannya malah beliau bimbang akan keselamatan Baginda adalah tanggugjawabnya. Subhannallah!.Saat itu apa yang Nabi saw beritahu Abu Bakar. “Wahai ssahabatku jangan engkau bimbang kerana kita bukan berdua kerana Allah ada bersama kita”.

Dengan ucapan Baginda itu Abu Bakar ra kembali tenang. Setenang air di tengah hutan belantara. Tiada angin ingin mencuit mahupun manusia yang mengusiknya.

Aku terduduk bertinggung. Mahu rapatkan buntut ke tanah basah pula nanti. Entah apa fikiranku melayang-layang. Walaupun layang-layang sedia ada di sekitar dengan kanak-kanak bermain dengannya. Ternyata layang-layang itu tidak sama dengan apa yang melayang dalam benak pemikiranku sekarang.

2 comments:

yo87 said...

org kuantan ke? hehe

Mhamdan said...

Bukan orang kuantan tapi orang ganun:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...