Friday, December 10, 2010

Kita semua telah berHIJRAH kecuali Satu

-Peringkat “hijrah” kita semua telah lalui. Kecuali satu peringkat sahaja. Bermula dari alam roh kita hijrah ke alam rahim kemudian ke alam dunia dan akhir sekali kita hijrah ke alam akhirat. Maknanya alam roh alam rahim alam dunia semuanya sudah yang belum lagi ialah alam akhirat.

-Apabila penghijrahan telah kita lalui maka di saat itu untuk kembali adalah mustahil bin ajaib tidak boleh sama sekali. Sepertimana ketika berada di alam roh kemudian berhijrah ke alam rahim apakah kita boleh kembali semula ke alam roh seperti sediakala. Ternyata mustahil.

-Begitu juga apabila berhijrah ke alam yang sedang kita nikmati sekarang ini iaitu alam dunia. Alam kehidupan manusia sejagat, apakah kita boleh kembali masuk semula ke dalam perut ibu untuk merasai kembali alam rahim. Ternyata juga tidak.

-Tab’an Allah swt Maha Hebat. Meski peringkat alam yang berbeza telah kita lalui namun aqidah telah di akui bahawa Allah swt itu adalah Tuhan kita, akur janji itu termaktub pada alam permulaan lagi.

-Cuba kita menerobos secara ilmiah ke alam roh, apakah kita mengetahui bagaimana keadaan kita pada masa itu? Begitu juga, alam rahim? Hanya fizikal luaran sahaja di beri izin oleh Allah di alam rahim untuk sampai kepengetahuan kita namun di sudut roh fizikal tidak sama sekali diizinkan Allah swt.

-Alangkah indahnya alam rahim ibu kita. Kita di jaga oleh Allah swt dengan begitu teliti. Bukan hanya satu lapisan kulit yang melindungi kita ketika berada dalam kandungan ibu malah ada 3 lapisan. Selain lapisan kulit lapisan uri dan juga lapisan air.

-Benarlah kalimah ‘rahim’ rahim ibu kita ternyata konsep rahim tersebut bersesuaian dengan kaedah yang di guna pakai dalam penjagaan kita ketika dalam kandungan. Iaitu selaras dengan rahmat Allah swt.

-Sebab itu, bagi insan yang berakal dia sama sekali tidak akan melakukan perbuatan buang bayi. Kerana dengan perbuatan jahat itu seolah-olah dia telah melanggar aturcara konsep rahmat Allah Yang Maha Agung.

-Setelah 9 bulan kita berada dalam kandungan bersama-sama dengan rahmat Allah kemudian kita terpaksa berhijrah pula ke alam dunia. Sebuah alam pengujian terhadap aqidah yang telah diakui sebelum ini, bahawa Allah adalah Tuhan kita.

-Alam dunia adalah alam ujian, bertaqwakah kita, derhakakah kita, berimankah kita, semuanya bergantung kepada satu usaha iaitu usaha aqal. Hebat hebat sungguh kurnian aqal oleh Allah kepada kita. Dengan aqal kita mampu membuat keputusan bahagiakah ataupun sengsarakah kita kelak. Iaitu ketika berhijrah ke alam akhirat.

-Sebelum alam akhirat, kita hidup di dunia sebagai adik kepada seorang abang. Sejak ibu melahirkan abang kita, abang telah merasai saat kelahiran kemudian ibu melahirkan kita pula. Kita pula telah merasai saat kelahiran sebagaimana abang kita rasai.

- Abang kita membesar dan membesar sehingga dewasa maka tumbuh misai. Kita kemudian melihat misai abang, justeru kita sering berfikir bagaimanakah kita rasa apabila tumbuh misai? Selepas itu kita pula tumbuh misai sebagaimana abang kita telah merasainya dahulu.

-Abang kita membesar kemudian kahwin. Kita pula berfikir, bagaimanakah rasanya berkahwin? Abang aku telah berkahwin aku pula, bila? Syok ke kahwin? Selang beberapa tahun kita pula berkahwin. Maka kita telah merasai nikmat berkahwin sebagaimana abang kita telah merasainya dahulu.

-Kemudian abang kita dapat anak, cucu dan cicit. Akhir sekali masuk ICU. Suspected lemah jantung, kencing manis dan buah pinggang. Sejurus selang beberapa hari, abang kita meninggal. Kita tidak sempat pergi melawat hanya khabar yang diberitakan hal kematian abang. Dengan itu, kelihatan isteri abang anak abang semuanya menangis. Masing-masing mengelap air mata kesedihan.

- Ternyata abang telah merasai HIJRAH alam kematian. Akan tetapi kita masih belum merasainya. Kita belum menerima kehadiran malikil maut. Apakah kita akan turut merasai kematian sebagaimana abang kita telah merasainya? Jawapannya ialah YA. Ya kita akan turut serta berhijrah. Berhijrah ke alam barzakh. Alam yang penuh dengan igauan di kala tidur. Di kala kelihatan api menjulang, marak memamah setiap cebisan daging manusia, di kala itu kita terkejut dari igauan tersebut. Ternyata bibit-bibit kematian telah menghampiri kita.

-Kita akan berhijrah. Berhijrah ke alam seterusnya. Tanpa paksaan tanpa rela tanpa lampu hijau tanpa lampu merah pergi tetap pergi. Namun hakikatnya belum pasti akan tetapi di yakini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...