-

Tuesday, December 14, 2010

Kurang asam punya orang




Waktu orang mahu tidur diorang memekak dengan memasang muzik kuat-kuat. Apa ke hal ni, tak waras ke apa, kalau tak waras pun bengon tak pun tak waras plus bengon dua-dua sekali.

Saya pun tidak faham dengan kerenah puak India ni macam-macam. Itulah nasib kami yang menetap di kawasan Kapar, Klang. Mahu larang nanti lain pulak jadinya. Bukan boleh di ajak berunding puak2 ni.

Ye lah diorang ada majlis kahwin. Kalau nak buat majlis kahwin ke majlis khatam ke tak kan sampai pasang muzik hingga mahu pecah anak telinga. Satu lagi kesian ke jiran sebelah dan jiran sekeliling esok dah la waktu kerja tak pasal-pasal ambik cuti sebab tidak boleh tidur.Bising.

Tahik telinga yg keras boleh cair apatah lagi kalau dah memang cair melelah jawabnya ikut tepi telinga.

Kemudian kalau ada anak kecil lagi ler kesian mak ayah dia. Tidak terdodoi anak tu. Anak baru nak pejam mata. Domm Domm berbunyi ntah ntah terpelanting dari buaian budak tu kerana ayahnya terkejut beruk Astaghfirullah!.

Zaujah saya pula mula bermemek muka lain macam. Dahi berkerut mata sedikit sepet. Riak muka tidak puas hati.

“Bang siye la male2 pase lagu kuat-kuat ore nok tido payoh, so lagi nyaknyo ko budok nak tido”

“Ho la..meme doh” Jawab saya.

“Pahtu kito nak buat guane peranga mereko gitu so lagi telingo puok tu kure bokali nok pase lagu slow-slow tok leh..” Saya sambung.

Walhal dalam rukun kejiranan, tidak boleh sama sekali kita membuat sesuatu perkara yang menyababkan jiran terganggu. Kena jaga.

Satu perkara lagi, pihak bertanggungjawab seperti tok wakil, tok penghulu jangan tok siak pulak di kawasan masing-masing kenalah ambil inisiatif bagaimana kita mahu laksanakan satu garis panduan sekiranya ada pihak yang ingin mengadakan apa-apa majlis tanpa mengganggu jiran-jiran. Apa langkahnya?

Antaranya adakan undang-undang, syarat khusus atau lesen kebenaran untuk mengadakan sebarang majlis dan sekiranya mereka tidak mengikut syarat-syarat tersebut mereka boleh di ambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Sebelum itu, makluman kepada pihak berkuasa itu penting. Dengan memohon lesen kebenaran untuk mengadakan majlis. Dengan demikian pihak berkuasa boleh buat pantauan dan tinjauan.

Jadi pihak mereka akan lebih bertanggungjawab. Bukan ikut suka hati je nak buat.

Aman sikit kalau ada kawalan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...