Thursday, May 5, 2011

Bunuh: 1960 vs 2011

Tahun 60 an.

“Makcik tak dengar ke berita semalam, tu orang kg sebelah kena tikam mati. Kesian sungguh tinggal anak 3 orang sapa la nak jaga anak dia nanti. Suami pun dah meninggal 3 tahun lepas”

Makcik Joyah yang mendengar berita pembunuhan daripada Milah si janda ini terus pucat lesi muka. Menggigil habis badan. Seram dibuatnya bulu roma.

“Apa la punya jahat si pembunuh, nak apa nya dia sampai dok bunuh orang. Ntahla Milah makcik risau sungguh. Nasib baik engkau bagitau makcik kalau tak memang makcik tak tau”

5 minggu kemudian.

Kedengaran lagi berita anak kena bunuh.

4 minggu kemudian.

Kedengaran berita bunuh.

Tahun 2011.

“Eh Nab engkau nampak rileks je ni. Engkau tidak risau ke dengar berita kg sebelah sana nun orang kena bunuh”

Nab

“Entahla Som aku dengar berita bunuh tiap2 hari dalam paper. Kosmo baik Utusan baik The Star baik dan dalam internet pun aku selalu terbaca berita pasal bunuh. Kadang2 dalam satu hari berpuluh kes orang kena bunuh. Dah jadi biasa pulak dengar berita bunuh”

Hari Jumaat- Bunuh.

Hari sabtu- Bunuh, bunuh, bunuh.

Hari Ahad – Bunuh.

Hari Isnin-Bunuh.

Pendek kata tiap2 hari ada kes bunuh.

Masyarakat Satu Malaysia seolah-olah sudah tiada rasa apa2 renjatan apabila dengar berita bunuh sekarang ini. Nak buat macam mana dah tiap2 hari akhbar itu ini dok tayang berita bunuh
.
Mulut hanya terkeluar perkataan “ Ya Allah…jahatnya. Ya Allah kejam sungguh manusia ni..Ya Allah kesian ler ke anak dia. Kecik2 dah kena bunuh….macam macam lagi” apabila mendengar atau membaca berita pembunuhan.

Para pihak pengaman pulak “Ni abg2 polis” pening kepala. Nasib baik kepala tu satu je kalau ada 3 kepala satu badan lagi le bertambah peningnya. Baru nak siasat kes ni dah ada kes bunuh baru. Baru je nak settle kes ni, bunuh lagi. Baru bukak fail mahu dakwa orang tu pembunuh datang kes bunuh lain pulak.

Haiiii..kita yang dok terlopong depan TV pun naik pening kepala jugak dibuatnya. Bunuh bunuh bunuh.

Tak puas hati bunuh, putus cinta bunuh tikam, mak tak bagi duit bunuh. Member bercinta 5 segi bunuh. Buat teguran bunuh. Jiran selalu bersuara kuat bunuh.

Ayah tak bagi kahwin bunuh. Nenek kena rogol (sapa ler si perogol yg terlalu bangan dan sewel) bunuh. Pakcik guru quran pun terlibat dengan bunuh.

Mudah sangat nye bunuh sekarang ni. Manusia beragama Islam yang kita terkilan sangat. Mengapa mereka sanggup menggadai keimanan mereka semata2 menurut hawa nafsu. Tahan la sikit nafsu tu. Jangan dok turut sangat.

Si bapak syaitan ketawa berdekah kah kah kah….kita ada tangan bunuh orang, kita yg merana. Hang yg sewel, bengon apa ke jadah dok dengar hasutan si bapak syaitan. Syaitan ni jahat. Musuh Allah. Dia dah janji mahu sesatkan anak-anak adam. Anak adam tu sapa? Kita la ni ni semua yg ada ni anak adam.

Pagi ni saje dalam brite kosmo, ha tengok 3 brite bunuh!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...