Sunday, May 8, 2011

Cuba teka dia buat apa


Eh mohd harraz mau tengok hantu ke apa, buat macam tu. Tapi tak kan siang –siang begini ada hantu kot.

Itulah aktiviti kebiasaan haraz di petang hari. Dia puas berjalan-jalan sambil bawa bola dia duduk main pasir. Lastly, jumpa kayu duduk atas kayu lalu beginilah dia akan buat.

Saya seharian biasa jam 6 petang atau lebih-lebih sikit akan sampai rumah lepas waktu kerja. Sebelum ni sewa rumah agak jauh jugak dengan pantai tapi sekarang dekat pulak dengan pantai.

Pantai yg saya maksudkan ialah pantai Irama. Sebut je pantai irama orang Kelantan yg menetap di kawasan Bachok sudah pasti dapat agak sebelah mana tempatnya.

Kalau yg tak dapat agak tu maybe orang luar Kelantan yg baru pindah ke Kelantan.

Boleh dikatakan setiap petang haraz nampak je saya sampai rumah. Terus dia akan pegang tangan saya dan tarik. “E e e….” tarik lagi.

Saya dah faham sangat dah gelagak dia dan apa yg dia mahu. Walaupun percakapan dia masih terbatas melalui gerak gerinya dia dapat menafsirkan apa yg dia mahu.

Kalau dia tarik tangan sambil merengek2 tu tandanya ajak keluar. Haraz haraz…menggeleng kepala saya kadang2. Pandai dah ajak2 keluar.

Kesian juga sehari suntuk berkurung dalam rumah mau juga dia menghirup udara segar lagi nyaman diluar.

Ok no hal haraz punya pasal walaupun abi baru balik keje. Turut dan ikut dia mau pegi mana.

Tiada tempat kalau bukan tepi pantai depan rumah tak pun naik kete pergi ke pantai irama. Jauhnya lebih kurang 1 km je dari rumah.

Pantai irama kat jajahan Bachok ni memang cantik permandangannya. Tambahan pula keadaan pasir daripada jarak bibir air ke kawasan tempat orang ramai bersantai agak lapang dan selesa. Luas mata memandang. Tidaklah sempit.

Sekiranya hari minggu. Jumaat sabtu bukan sabtu ahad ye. Memang ramai betul. Datang mandi ada, berkelah, naik kete kuda pun ada pendek kata macam2 aktiviti yg diorang buat. Riang sungguh saya lihat.

Yg tidak tahan mata memandang datang dalam keadaan bercouple. Mintak2 dengan perasaan husnun Zhan dia orang dah kahwin. Tiadalah letak dosa atas bahu masing2.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...