Monday, May 23, 2011

Tidak menentu hidup anak



Saya memang kesian jika melihat kanak-kanak yang terbiar. Makan minum entah bagaimana. Keluarga ada ayah emak masih ada tapi keadaan hidup mereka seolah-olah keluarga tiada. Hidup sendirian.

Bangun pagi dah merayau berjalan kaki menyusuri jalan di celah-celah kawasan perumahan. Kadang-kadang di bawa sekali adiknya. Dia yang saya maksudkan ialah budak darjah 2 dan adiknya mungkin 1 tahun atau 2 tahun lebih muda. Darjah 2 sekiranya bersekolah namun dia tidak bersekolah kerana keluarganya bermasalah.

Jika sahabat dapat saksikan sendiri turut terharu dan sedih. Apa nasib malang yang menimpa budak yang masih mentah soal kehidupan. Saya diberitakan bahawa 3 orang daripada adik beradiknya disahkan mengidap HIV. Adik beradiknya semua 6 orang. Ramai jugak.

Walaupun emak ayah mereka bermasalah sempat pulak dia orang buat anak sampai 6 orang.

Jangkitan yang berlaku adalah kerana emak dan ayah mereka mengidap penyakit sama. Sebab itu anak mereka turut menjadi mangsa kepada penyakit yang masih belum ditemui penawarnya.

Awal pagi anak-anak lain berhempas pulas untuk bangun pagi dan mandi. Kemudian pakai baju seragam sekolah untuk pergi ke sekolah tetapi semua ini tidak berlaku kepada si dia. Bangun awal pagi membawa diri,perseolannya mengapa dia buat begini?.

Sebabnya dia lapar sahabat. Malam tadi entah makan atau tidak. Ingin mengharapkan emak menyediakan makanan jauh sekali.

Anak-anak terpaksa berdikari di awal usia untuk mengharapkan kasian belas jiran tetangga.

Bagi mereka yang mempunyai perasaan kesian dan tidak lokek di panggilnya budak itu sekiranya terlintas dipandangan. Lalu dihulurnya sebungkus nasi tak de nasi di baginya kuih dan bermacam lagi.

Adiknya yang kerap berbogel turut mengekori abg agar dapat tumpang makan bersama.

Saya hairan emak dan ayah mereka bagaimana mereka boleh melihat keadaan anak mereka yang sebegitu keadaannya. Muka comot, baju seluar kotor, kuku tangan kaki hitam legam. Kulit tak yah bagitau memang comot betul saya mau khabarkan tidak sampai hati.

Tentang tidur malam pula bagaimana? Anak yang masih kecil pun ada setahun lebih rasa saya umurnya.

Dengan sejuknya nyamuk lagi, eee tak boleh saya bayangkan bagaimana keadaan mereka waktu itu.

3 hari yang lepas sempat saya shot gambar adik dia dengan muka tersenyum kerana ada orang bagi dia makanan. Suka betul dapat makanan.

Bagi saya dengan keadaan mereka emak dan ayah mereka mungkin sudah tidak ambik kisah apa anak mereka mau makan. Ikut suka pandai-pandai cari makan kalau tidak mahu lapar.

Jadi apa peranan kita? Ini perseolannya.

2 comments:

ghuzwatul qolam said...

Ya Allah.. Sedihnya.. Ni ke yang dikatakan negara maju.. Sedangkan rakyat ramai menderita.. T_T

Mhamdan said...

Qolam: Ye betui..saya pun tak tau tok wakil kaw tu tak de org bagitau ke macam mana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...