-

Sunday, May 15, 2011

Membunuh diri: Orang2 Islam semua, dosa besar.


Saban hari berita mengejutkan kita dengar. Lebih2 lagi berita yang melibatkan nyawa manusia. Antaranya bunuh diri. Cakap bunuh diri pasti terbayang puak2 india atau cina yang membunuh diri. Sekarang kenyataan sedemikian sudah meleset sama sekali.

Golongan melayu muslim sekarang sudah ramai yg membunuh diri, tiada pegangan agama menyebabkan emosi mengawal iman yg tersedia nipis lalu dirobek dek hasutan syaitan. Musuh Allah!!.

Syaitan menghasut agar umat Islam melakukan dosa besar. Kita percaya atau tidak bahawa kanak2 bawah 12 tahun sekarang sudah ada yg nekad mahu membunuh diri. 12 tahun tu budak lagi!!.

Entah apa makanan yg mereka makan sehingga jiwa mereka gelap gelita tiada sedikitpun cahaya Iman yg menyinar di dalamnya. Sehingga jiwa mereka meronta2 dalam desakan hidup yg penuh dengan cabaran.

Mereka hidup dengan masalah. Tidak kira kaum lelaki maupun perempuan. Lelaki dengan masalah lelaki dan begitu juga perempuan dengan masalah perempuan.

Bagi yg berkerjaya begitu juga bagi mereka yg masih belajar. Semua bermasalah. Mengapa punya bodoh, akal letak mana. Putus cinta pun minum racun! Pi la minum air kopi ais ke teh ais ke kan sedap!.Ni gila apa dok minum racun. Haiii..

Bunuh kekasih kemudian minum racun rumpai. Tengok tuan kacak tapi tolol tak guna akal.
Selesaikah dengan bunuh diri tuuuu….Woiii. Hah..apa kau kata! Aku Tanya “hang bunuh diri tu selelsaikah masalah”. Jawabnya takkan selesai. Nyanya kauorg mati kekal dalam neraka.

Ni baca hadis Nabi, sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka tangannya akan menusuk besi itu ke perutnya di neraka jahanam dan kekal di dalamnya. Barang siapa yang meminum racun untuk membunuh dirinya, maka dia meneguk racun itu di neraka jahanam dan kekal di dalamnya. Dan barang siapa yang menjatuhkan dirinya dari gunung untuk membunuh dirinya di neraka jahanam dan kekal di dalamnya.”

Nabi larang kita buat benda ni. Kesian sungguh saya mengenangkan nasib mereka yg bunuh diri.
Di Malaysia kerajaan dah ada dok pening kepala. Masalah video Datuk seri Anuar belum lagi selesai, masalah lain bertimbung2 mahu diselesaikan.

Mahu selesaikan masalah semua ni, alah mudah je jawapannya, kerajaan dok ada banyak korap. Maka begitu akan berlaku kepada rakyat. Rakyat menjadi korap juga. Jadi tukar kerajaan ler apaaa lagii!.

Time mengundi nanti entah la bila agaknya tapi tempias tarikhnya dah rasa sikit2 hah kauorng buang undi jangan hanya fikir diri sendiri fikir skali ke anak bangsa leni. Kesian diorang.

7 kes bunuh diri sehari dalam Negara kita. Fikirla baik2. Mereka Allah restu ke agak2. Allah restuuu ke…jenguk Hadis Nabi kat atas tadi apa Nabi cakap “kekal dalam neraka”. Apa makna “kekal”. Tak leh keluar daripada neraka buat selama-lamnyaaaaa.

Lamanya tiada tempoh. Atas dunia tak pela hang sakit gigi. Aduhhh…tak senang duduk kiri kanan atas katil turun katil kerana gigi sakit. Pegi jumpa doktor. Habis cerita doktor cabut gigi. Ha lega tak de dah sakit. Muka pun kembali senyum yg sebelum ni ngan cuka masam muka dia lagi.

Ayah2 semua beringat2la jaga anak tu elok2. Para cikgu jagalah anak2 murid tu elok2 nasihat mereka sentiasa. Tok2 imam jangan sekadar jadi imam solat je. Ajar makmum tentang masalah bunuh diri ni dosa besar.

Last sekali saya sendiri, saya akan cuba postkan posting ini ke dalam blog dan para pembaca masing2 fikir dengan tenang dan sebarkan kepada sahabat yg bermasalah jangan sekali elak daripda bergaul dengan orang ramai. Ada masalah mintak pandangan. Kemudian kawan tu jangan lokek untuk tolong kawan yg bermasalah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...