-

Monday, May 16, 2011

Nampak remeh tapi ehmm.


Selalu ke kita melihat semut merayap, merayap di mana tidak kira. Lalu kita jentik semut tersebut sehingga terpelanting nun jauh di sana. Terbang melayang akibat dijentik. Seandainya dengan jentikan kita itu ada salah satu kaki si semut tadi patah. Menyebabkan dia cacat.

Berdosa ke agak2 kita?

Secara logikal memang berdosa dan memang berdosa mengikut syariat pun berdosa sebab kita membuat sesuatu yg boleh memudaratkan atau menyakitkan benda lain. Nampak remeh kan tapi hah….cuba kira berapa kali dah kita buat macam tu. Tak kira ler semut ke labah2 ke pok ko ke dan serangga lain2 lg.

Dalam kitab feqah sendiri agama telah mensyariatkan ketika mana kaum muslimin pergi berperang ke negera perang adab tatasusila mesti di jaga.

Antaranya jangan sesekali kita membunuh org awam termasuk kanak2, org tua dan org perempuan yg lemah. Lorrr apa kaitan dengan bunuh ni. Ayat kat bawah tu ada kaitan.

Begitu juga tidak keterlaluan jika saya nyatakan bahawa dahan2 pokok pun Allah swt larang mematahkannya. Tak de sebab mengapa kita mematahkan dahan tersebut.

Ok saya bawa contoh dalam kehidupan seharian.

Sambil berjalan kaki balik daripada sembahyang jumaat..la la la, tangan asyik dok melibas kiri kanan sebab jalan bersemak. Jadi banyak pokok2 kecil dengan pucuknya baru hendak tumbuh, kita lansing ala ninja dengan tangan sap sap sap…menyebabkan pucuk tu patah!. Bukan setakat itu, kita paut maut pula dahan yg sedikit keras supaya ia patah. Eeee geram!! Padan muka kau patah dah.

Ha tak berdosa ke agak2 kita buat macam ni terhadap pokok?.

Ternyata perbuatan kita itu adalah salah. Jadi mengikut kanun keseksaan yg boleh menyebabkan benda yg bernyawa cacat kita boleh di hukum gantung…eh tak la sampai begitu.

Pendek kata jangan buat begitu!. Sampai ke tahap itu syariat mengajar kita agar dalam apa jua keadaan kita mesti jaga perbuatan. Walaupun dia hanya sebatang pokok yg tak bersuara. Kita kena jaga.

Mengenai serangga kecil jugak begitu halnya. Kita jangan sesekali pandang enteng dengan mudah tanpa ada rasa bersalah suka2 je kita penyet semut. Andai kata semut tersebut sedang mengandung!. Ya Allah tak tau nak jawab macam mana. Blurrr…

Tapi kan lain pulak hal nye, serangga yg merosakkan. Seperti lipas menyebabkan tahik lipas bertaburan di birai2 bilik kerana banyak sangat lipas. Kita beli racun kemudian kita sembur. Ada sebab. Walaupun semut sekalipun sekiranya dia penyebab kepada gula ke makanan ke rosak kita halau atau bunuh dengan kita letak racun tidak mengapa.

Perkara yg saya bincangkan di atas selain daripada ada sebab maknanya saje2 kita bunuh dia. Banyak lagi kalau mahu dibincangkan disini. Ye la perkara remeh tapi kita tidak sedar bahawa perbuatan kita itu mendatangkan dosa kepada kita.

Contoh lagi kita korek tahik hidung kemudian kita letak bawah tikar surau. Ni tengah2 dengar kuliah. Orang lain nampak ramai yg mengantuk lalu kita terperasan hari ni belum melombong lagi. Apa lagi melombonglah slow2 dan yg penting pandai cover.

Ha apa hukum kita buat benda lagu tu. Menggaru kepala kita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...