Stadium the red warriors.
Saya sangat bersetuju dengan hasrat kerajaan negeri Kelantan kerana mahu membina stadium di kawasan tanah kerajaan negeri kira-kira 40.5 hektar bernilai RM159 juta di Bukit Merbau, Pasir Putih Kelantan. Stadium itu nanti akan memuatkan 40,000 penonton dalam satu masa.
Satu perkara lagi, ada satu kelainan yg ingin dilaksanakan oleh kerajaan neg. Memang terdapat banyak stadium yg telah dibina oleh kerajaan neg. di negeri masing-masing cuma apa yg ingin dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan ialah bina stadium dengan masjid skali.
Masjid tersebut akan dibina bersebelahan dengan tempat duduk penonton jadi tiada alasan bagi mereka yg ingin menonton perlawanan utk menqada’ solat. Qada’ solat boleh tahan lg tetapi yg malang tinggal terus solat. Baru hilir sikit kan nak tengok bola kena semayan dulu. Biar segala syaitan yg datang skali dengan kita akan bertebaran lari.
Sebab itu kita syorkan kepada para pemain bola, lebih-lebih kepada kapten bukan setakat di atas padang dia boleh mengetuai permainan malah kita mahukan beliau juga nanti akan mengetuai solat para pemain.
Bola main berkat ada. Nak menang pun mudah Insyallah.
No comments:
Post a Comment