Sunday, May 22, 2011
Tersilap ambik air sembahyang=mandi mayat.
di
4:41 PM
Cerita lama. Tak pe la saya mau cerita di sini. Boleh juga sahabat tau cerita saya kot ye bukan saya sorang yang tau pasal cerita ni. Kisah benar bukan rekaan.
Cerita menarik dan ada kelucuan sikit. Oleh kerana dia orang baru melibatkan diri dalam proses mandi dan menkafankan jenazah. Sebab itulah, benda yang tidak sepatutnya berlaku tetapi berlaku kesnya ada si ‘Dia’.
Si dia(rahsia) orangnya terpelajar bukan kata orang biasa2 boleh dilabelkan sebagai “Imam Besar” memang orang tak akan pandang sebelah mata ler jikalau kita memperkenalkan bahawa dia tu seorang imam.
Kerana memang tepat dengan penampilannya yang selalu berkopiah. Berjanggut lagi walau tidak selebat janggut syeikh osama bin laden.
Ada satu ketika. Ketika mana terdapat jenazah yang perlu dikafankan. Jadi sebelum dikafankan jenazah tersebut semestinya perlu melalui proses memandikannya terlebih dahulu. Jikalau tidak, memang tidak boleh buat begitu. Ini adalah syariat Islam bukan kerja pandai2 mau buat macam mana. Ikut suka hati.
Macam mana ni tok Imam. Hari ni kalau ada mayat kita simpan dulu agak2 mau pecah perut kita mandikan. Ooooiii…tok Imam apa ke benda ni. Memang berdosa kalau ada tok Imam begini. Jawapannya terajang je…biar tok Imam tu terguling terus!.
Ok, sewaktu memandikan mayat. Ada 4 orang termasuk tok Imam dan salah seorang daripada 3 orang tu ada seorang pemuda yang baru. Orangnye muda tapi nampak macho. Berkaca mata lagi. Memang muka dia serius semacam kalau bab mandikan jenazah memang kena serius tidak boleh main2.
Jadi setelah melalui beberapa peringkat proses memandikan jenazah seperti korek telinga, gosok gigi, buang segala kotoran dalam perut dan akhir sekali selepas tok Imam puas hati dengan kebersihan jenazah dia pun berpaling kepada pemuda baru tadi.
“Ha nak…cuba ambilkan air sembahyang jenazah ni”
Dia terkejut kerana asyik memerhati muka jenazah yang nampak pucat. Terkejut sehingga kurang pasti apakah arahan yang telah tok Imam bagitau kepadanya. Yang pastinya dia sempat mendengar perkataan “ambik air sembahyang”.
“Oooo..ambik air sembahyang senang je tu..” dalam hati berkata.
Lalu tanpa bertanyakan kembali apa arahan yang sebenarnya tok Imam suruh dia pegang wayer air lalu baca doa untuk ambil air sembahyang.
Bismillahirrahmanirrahimmm…
Dijirusnya air ketapak tangan. Kemudian dia berkumur….
Tok Imam senyum sambil memerhati anak buahnya. Biar apa dia buat. Kemudian orang sebelah yang tua sedikit jeling ke arah tok Imam. Sambil mengangkat bahu tanda hairan.
Sebaik sahaja muka dibasuh. Lalu Tok Imam tegur.
“Anak ni ambil air sembahyang buat apa…mahu sembahyang ke?”
Orang muda berpaling ke arah tok Imam sebaik sahaja ditegur.
“Eh kan tadi Tok Imam suruh saya ambik air sembahyang saya ambik le”
Tok Imam senyum lagi. Senyum kali kedua dah nampak sedikit tawar. Kerana dalam hati Tok Imam mungkin dia berkata “muda2 dah kurang pendengaran nasib lah kau orang muda”.
“Ye memang saya suruh tapi bukan untuk awak tapi untuk jenazah ni”
Naik kening orang muda tu. Berfikir sejenak.
“Oooo…ye ke air sembahyang untuk jenazah, maknanya ambilkan jenazah wudu’”
Tok Imam angguk 2 3 kali.
Muka dah mula nampak merah. Betapa perasaan malu mula menular dengan pantas dalam segenap jiwa dan hati orang muda tersebut. Kenapa tolol sangat kan belajar agama tinggi tapi benda remeh macam ni boleh tak tau.
Kemudian dia pun siram tangan jenazah sehingga akhir basuh kaki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment