Tengok lalat hijau hinggap di birai pinggan yang ada nasi,pssss..kita halau cepat-cepat bimbang ia akan hinggap di nasi pulak. Eeee lalat hijau jijik!.
Tapi sekarang ini fenomena baru telah melanda masyarakat dalam Negara kita. Fenomena 2 golongan. Golongan yang pro bersih dan anti bersih. Bagi yang tak suka bersih pengotor la jawabnya.
Kita kan tinggal di sebuah Negara mengamalkan system demokrasi. Justeru, suara rakyat perlu diutamakan dan perlu didengar. Kerana rakyat sebuah kerajaan berkuasa jika tiada rakyat mana boleh kita berkuasa.
Sebarang korupsi harus dibenteras. Takkan nak harapkan makcik yang jual kuih dikampung melompat untuk membenteras masalah ni. Tak jadi punya. Nanti berterabur kuih dibalingnya.
Kita semua yang bertanggungjawab dan yang mempunyai kesedaran terhadap kehendak saudara kita seMalaysia tidak kira melayu, cina, india dan lain-lain. Masing-masing mempunyai hak.
Hak inilah yang harus kerajaan dengar. Kerajaan harus teliti apa yang rakyat mahukan. Takkan kerajaan sudah melupakan hak terhadap rakyat. Itu silap!. Sekiranya kebencian rakyat terhadap kerajaan sudah melebihi had maka tunggu saat kejatuhan pasti akan tiba.
Kejatuhan Aaaa tidakkkk!! Perkataan ini menjadi igauan yang dasyat bagi setiap pemimpin yang tamak ingin sentiasa berkuasa. Dia tidak dapat menerima kejatuhan. Mana boleh.
Kalau difikirkan apa la salahnya kita bagi kawan kita untuk memerintah sepenggal dua. Cuba test macam mana kawan kita memerintah. Kita pun turut sama senang. Jikalau kawan kita Berjaya menunaikan slogan yang dilaungkan setiap masa iaitu menuju ke arah Negara berkebajikan. Pasti semua rakyat akan senang hati.
Cuba Tanya siapa tak mahu harga barang turun!. Hantu pun turut sokong. Mesti mau punya.
No comments:
Post a Comment