-

Monday, June 27, 2011

Tahap gila memancing

Jam 10-11 pg gitu

Orang gila cakap apa benda pun dia tak kisah. Muka selamba je kencing berdiri tepi jalan. Orang lalu lalang jeling dan jeling eeee..pengotor! dia selamba je siap senyum lagi ada. Bukan setakat kencing berak pun dia tibai mana tempat dia mahu. Tak kisah orang ada atau tidak. Yang penting dia dapat melempiaskan tahap keberakkan dia dengan senang tanpa gangguan.
Ehmmm.

Ni cakap pasal orang gila. Memang otak diorang tidak berfungsi 100%. Tapi ini lain hal pulak. Kaki joran atau kita juga panggil kaki pancing. Tahap biasa-biasa kita tidak pelik kerana saya sendiri kekadang pergi juga memancing. Dapat ikan Alhamdulillah tak dapat ikan balik tak usah fikir panjang mahu bertenggek lagi situ.

Apabila sampai ke tahap “Kaki pancing bukan tangan” dia tidak kira masa mana dan dapat ikan atau tidak dia komitkan memancing.

Waktu panas jam 12 tgh matahari tengah memancar dengan galaknya. Duduk memancing atas jambatan pulak tu no hal tidak berganjak terus memancing. Ayoo yoo mengeluh saya melihat gelagak puak ni.

Ye tempat tu memang ramai dan menjadi tumpuan para kaki pancing. Pada setiap masa dan ketika sentiasa ada orang memancing. Tempat yang saya maksudkan ialah “Tok Bali” area pasir putih. Kalau tuan puan mahu tahu tempat ini lebih tua dan lebih hebat jika dibandingkan dengan “bali” Di Indonesia. Ye lah kan di depan nama Tok Bali tu ada perkataan “Tok”. Tentu lebih hebat tanpa was-was.

Saya memang selalu ikut jalan tok bali jika mahu balik ke besut dan memang kena melintasi jambatan tok bali. Lalu masa mana pun mesti ada pemancing. Yang saya tertanya-tanya masa saya lalu jam 7 pg pun ada orang memancing.

“Aik diorang ni biar betul jam 7 pg masih lagi memancing” saya fikir sekarang bukan masalah memancing tapi masalahnya semayan subuh ke tidak.

Aiii Cik abang takkan memancing boleh menguzurkan diri dari semayan. Hai..teruk benar kalau mereka dengan sebab memancing tinggal semayan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...