Thursday, July 30, 2009

Sempat berkarya


Tahun lepas bulan 4 aku diterima oleh pihak IQT untuk mengikuti kursus jangka pendek. Kursus tersebut berlansung di Yayasan restu,Kompleks Taman Seni Islam Selangor. Kalau engkau nak datang, tempat tu berhampiran dengan masjid besar shah alam.

Tu nasib baik aku kerana di terima selepas 5 orang yang di reject. Semua yang hadir pada hari tersebut seramai 10 orang. Kemudian, selang 3 minggu aku di telefon oleh pihak IQT untuk megambil tindakan selanjutnya. Awak perlu datang pada sekian hari sekian masa.

Lastly…aku tiba di shah alam. Waktu kami sampai di shah alam lebih kurang jam 6 petang, kami datang dengan menaiki van yang boleh muat 8 orang penumpang dalam satu masa. Selesa la juga dengan tempat duduk ada yang kosong sebab kami hanya 5 orang 2 lelaki dan yang lebih tu perempuan. Akan tetapi, tak boleh nak selesa mana sebab barang banyak!

Hari-hari yang berlalu cepat sekali. Dalam kelas aku didedahkan dengan subjek yang kebanyakkan berkaitan dengan art. Pak sahih, pensyarah yang bertanggungjawab mengajar aku subjek seni kraf. Muka dia garang, tapi hatinya baik. Oleh kerana muka dia yang garang itu pelajar perempuan memang takut sangat kalau dia datang dekat ngan diorang dalam kelas.

Secara ringkasnya, seni merupakan sesuatu yang indah mempunyai nilai estetika yang tinggi dan sangat tinggi pengaruhnya dalam memberi mesej kepada sesiapa yang melihatnya. Dalam kumpulan seni antaranya seni suara, tulisan, bunyi, graf, tari dan banyak lagi.


Sempatlah aku tampilkan hasil tak banyak mana kat blog ni…..

Karya ni aku lukis kemudian warna dengan menggunakan warna acrylic.

Seronok jugak belajar. Lagipun aku ditaja oleh kerajaan negeri Terengganu kalau nak harap aku datang belajar sendiri dengan duit sendiri memang tak merasalah jawabnya.

Kenapa tidaknya yuran pengajiannya mahal, semesta yuran mencapai rm 4000.00. Tempoh aku belajar 2 semesta bayanglah berapa duit yang perlu aku kena bayar sepanjang aku kursus. Alhamdulillah aku dapat belajar dengan baik walaupun terpaksa aku tinggalkan isteri yang tersayang kat kampong.

Makan free tempat tinggal free, pergi dan balik dari rumah ke Kolej itu lebih kurang 20 minit je jalan kaki. Tapi setiap kali aku jalan kaki untuk ke kolej sampai sane memang berpeluh. Kurus sikit rasa.

Ni lagi hasil kraf yang sempat aku tunjukkan….




cuba teka apa yang ditulis dalam tu........kalau dah tau alhamdulillah, tapi kalau tak tau tanya lah
saya....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...