-

Thursday, July 30, 2009

Persahabatan apakah adabnya?


Ulasan dari kitab tulisan Imam Ahmad Bin Muhamad Bin Abd Rahman Bin Qudamah Al Muqdisy tajuk kitabnya ialah Mukhtasar Minhajul Qosyidin.

Suka aku nak berkongsi dengan sahabat sekalian, cuba kita tengok apakah yang di tulis Imam Ahmad ini. Beliau cuba menghuraikan secara terperinci masalah persahabatan, bagaimana dan apakah yang perlu kita laksanakan sekiranya kita ingin menjadikan hubungan persahabatan kita kekal dan bertepatan dengan kehendak Allah s.w.t.

Mai kita baca sama-sama…..

Ketahuilah wahai pembaca sekelian sifat toleransi akan memancarkan keindahan akhlak, manakala yang berlawanan dengannya akan memancarkan akhlak yang buruk. Sifat yang baik sudah pasti melahirkan kasih sayang dan tolong menolong.Begitulah sifat yang jahat akan menyuburkan benih permusuhan dan pentingkan diri sendiri.

Tentulah di sana ada banyak kelebihan, ini di sokong dengan hadis-hadis Nabi s.a.w.

Antaranya diriwayatkan oleh Abi Darda’ r.a, daripada Nabi s.a.w baginda bersabda maksudnya: “ Tidak terdapat satu benda yang tersangat berat timbangan orang mukmin pada hari Qiamat kalau nak dibandingkan dengan akhlak yang baik”.( Riwayat Tirmizi)
Dalam hadis yang lain: “ Golongan yang aku kasihi dan yang paling hamper kedudukan mereka denganku pada hari Qiamat mereka ialah yang baik akhlaknya, manakala golongan yang paling aku marah dan benci malah kedudukan mereka sangat jauh denganku mereka ialah golongan yang buruk akhlaknya”. Kemudian Baginda s.a.w di Tanya oleh para sahabat jenis golongan yang paling ramai masuk syurga. Lalu Baginda menjawab: “ golongan yang bertaqwa kepada Allah dan yang baik akhlaknya”.(Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majjah)

Seterusnya kasih sayang semata-mata kerana Allah, hadis riwayat Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w bahawa baginda bersabda maksudnya: “ Tujuh golongan manusia yang mendapat bayangan Allah s.w.t pada hari yang tiada bayangan kecuali bayangannya”. Maka Baginda menyebut antaranya ialah: “ Dua orang lelaki yang berkawan dengan kasih sayang antara mereka kerana Allah. Mereka bertemu dan berpisah adalah kerana Allah. Dalam hadis yang lain: Allah s.w.t berkata( hadis Qudsi): “ Patut kasihku bagi golongan yang berkasih sayang keranaKu, patut bagiKu golongan yang bersusah payah untukKu dan patut kasihKu bagi golongan yang ziarah menzirahi keranaKu” ( riwayat Imam Ahmad). Dalam hadis yang lain lagi : “ Kukuh ikatan Iman, kasih dan marah kerana Allah”( riwayat Imam sayuti dalam kitab Jami’ Soghir). Banyak lagi hadis-hadis Baginda s.a.w yang menceritakan kelebihan kasih sayang semata-mata kerana Allah.

Ketahuilah, sekiranya kita kasihkan seseorang mestilah kerana Allah begitulah sebaliknya. Kerana apa, kerana perasaan kasih satu hal perasaan marah satu hal yang masing-masing berlawanan antaranya. Kesimpulannya, satu tahap berada di bawah dan satu tahap lagi berada di atas. Jadi kedua-dua tahap tersebut perlu ada keseimbangan yang sederhana di antara sifat kasih dan marah. Tahap yang sederhana itu merupakan kawasan yang luas kosong, waktu marah seolah-olah kawasan tersebut marah akan memenuhi kawasanya dan begitulah waktu kasih. Tindakan kita ialah menjadikan kawasan tersebut selamat untuk di lalui pada waktu mana sekalipun yang kita kehendaki.

Beliau telah membahagikan pelanggaran arahan Allah ada beberapa bahagian antaranya:
Bersambung……..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...