-

Wednesday, October 8, 2008

Apabila hati jadi batu (Siri 10)

3 Tahun kemudian.

Irman terpunduk di tangga rumah. Mata hanya mampu melihat gelagak anak ayam dan ibu ayam. Sungguh riang mereka sambil mematuk makanan. Anak-anak ayam 5 ekor berlari mengilingi kaki ibunya.

Sekali sekala ia cuba terbang tapi hanya action saje. Sedangkan ibunya bongkakkan dada. Memang gah dengan sayap yang sikit terbuka nampak tidak goyah. Sayangnya ibu kepada anaknya.

Anugerah Yang Maha Kuasa kepada makhluk yang tidak berakal. Sifat semulajadi. Kehendak untuk menyayangi. Tapi bagaimana makhluk yang berakal. Buang anak, bunuh anak dan sumpamanya. Kerana kasih telah dikikis oleh hawa nafsu. Itulah jadinya.

Akibat, kejahatan bebas menular. Menular halus melalui urat darah yang menjalar dalam tubuh manusia. Akibat akal dinyahkan. Kewarasan menajdi ziro.

Sejak Irman di serang harimau 3 tahun dulu. Seekor harimau betina kekuningan dan berbelang. Mukanya bengis dan garang. Peristiwa itu berlaku dengan cepat sekali. Tetapi, Allah Maha Kuasa. Berkuasa ke atas sesuatu. Irman selamat dengan pertolonganNya kerana dia sempat mempertahankan diri dengan kayu. Dia menghayun-hayunkan kayu itu . Kayu yang agak besar dan runcing hujungnya. Sesekali harimau mengaum terketar-ketar lutut Irman. Kelihatan kukunya berkilau amat tajam sekali.

Dia cuba melibas tangannya terhadap Irman. Ternyata Irman cepat mengelak. Walaupun begitu, libasan si harimau memang menggerunkan. Hasilnya, tubuh Irman tercalar juga. Nasib baik tidak teruk mana.Darah banyak keluar. Menyebabkan Irman pengsan. Harimau tiba-tiba lari lintang-pukang apabila kedengaran suara tembakan pemburu. Dari arah mana entah. Tapi kuat bunyi demtumannya.

Apabila sedar dari pengsan dia cuba bangkit. Melihat tubuhnya berlumuran darah. Lemah longlai, terketar-ketar namum dia kuatkan diri untuk bangkit. Terasa kepalanya berat sangat. Umpama kayu yang besar dihempaskan ke atasnya.

Satu peritiwa yang cukup tragis. Irman mengelamun sejenak. Itulah Memori yang sukar Irman lupakan. Sentiasa bermain-main di padang pemikirannya.

“Emmm...”Dia menghembus nafas keras. Sambil menundukkan kepala ke tanah. Kedua tangannya lalu singgah di belakang kepala. Lalu menggosok-gosok halus rambutnya.

“ Mak...” Irman mula bicara setelah puas mengelamun. Dia menoleh ke arah emaknya yang asyik menabur hampas padi kepada ayam-ayam yang berkeliaran. Kadang-kadang ayam jantan datang mengacau. Sambil menyendeng badannya ke arah ayam betina. Eeee...memang gatal ayam jantan tu.

“Apa...Man” Jawab Mak Minah bersahaja.

“Kesian kat mak..”Irman meluahkan rasa kesal. Wajahnya kegalauan.

Sejak 3 tahun yang lepas. Peristiwa itu masih menghantui fikiran Irman. Semacam igauan itu sentiasa melekat di kepala. Enggan berpisah. Kuatnya seolah paku yang terhunus pada tiang kayu yang keras. Sungguh kuat dan kemas. Irman hanya mampu melihat emaknya melakukan kerja.

Melihat semata-mata melihat. Ingin tolong jauh sekali. Bukan dia mahu semua itu tapi dia terpaksa. Badannya kini lemah tidak seperti dulu. Peristiwa yang dasyat itu telah meragut, merampas dan merobek keupayaannya untuk melakukan kerja. Jari-jemarinya langsung tidak boleh memegang kapak. Andai dipegang, terasa gengamannya kaku. Seolah-olah kandungan darah dalam urat lengannya menjunam jatuh ke bawah. Apatah lagi ingin berjalan keluar mencari kayu.

Irman pasrah...

Tapi kesian kat emak. Emak sanggup membanting tulang empat kerat untuk mencari sesupa nasi. Itulah hakikat, bukan ilusi. Kalau tidak emak yang melakukan kerja habis siapa lagi.

Irman ingin bergerak terpaksa berpegang ke dinding. Langkahnya perlahan. Satu langkah demi satu langkah. Sungguh sedih. Sesiapa yang melihat keadaannya boleh mengeluarkan air mata. Air mata kesian atau air mata teruja.

“Irman ingin sangat buat kerja tolong Mak...” Wajah Irman kosong. Menampakkan kekesalan yang amat sangat.

“Apa yang Irman merepek ni...Man kan sakit..buatla cara sakit” Mak Minah meningkah kata Irman. Lontaran harapan oleh Irman tidak memberi apa-apa reaksi.

Jawapan yang sama. Itulah jawapan yang akan di jawab oleh Mak Minah selama mana Irman menyatakan hasrat untuk berkerja. Dalam lubuk hatinya telah tumbuh sebatang pokok harapan yang sudah tinggi menjulang. Ranting-rantingnya ingin mengapai satu hajat. Hajat yang pudar tidak jelas.

Saban hari Irman hanya mampu makan minum dan seumpamanya. Semua kerja Mak Minah ambil alih. Kian terpaksa, laksana menunggu ajal tiba. Walau hati berat berhadapan ranjau kesusahan tapi hati Mak Minah cekal. Kerana hati Mak Minah telah jadi batu.

“Tapi...Mak” Irman kerling ke arah Mak Minah. Dalam diam sendu mula mengalir. Nafas semakin menurun ke level rendah.

Dalam perbualan antara Mak Minah ngan Irman. Keadaan berubah. Cuaca panas mentari kian redup. Kelihatan awan bertukar wajah tak semena-mena. Nampak kelabu berbalam.

Angin mula kencang. Itu alamat hujan akan kunjung tiba.

Kedengaran suara petir bertingkah-tingkah. Daun kayu kering berguguran berhempas pulas di bawa angin kencang. Berputar-putar naik ke udara. Lalu jatuh berselirat. Pokok-pokok kelapa bergoyang seolah bergoyangnya si penari di atas pentas. Begitu juga pokok-pokok yang lain. Suasana semakin kelam. Debu tanah yang berterbangan menyababkan pandangan jadi kabur.

Mak Minah lekas melangkah laju naik ke rumah. “ Man...tutup pintu jendela tu..”Perintah Mak Minah sebaik Irman berpegang pintu tersebut.

Malang tidak berbau.

Sebaik sahaja Mak Minah ingin mengangkat kakinya ke anak tangga. Tiba-tiba sebatang pokok kelapa tumbang menyembah bumi. Gedebomm.....bergegar bumi. Terpelanting ranting kayu, daun kering dan tanah apabila batang kelapa rapat jatuh ke tanah. Emaaakkkk?

“Makkk......”Irman berteriak. Sebaik dengar suara kuat pokok kelapa yang tumbang.

Irman terjatuh lalu mengesot untuk menggerakkan badannya. Dia kuatkan tangan menongkah untuk mendapatkan emaknya di tepi rumah. Kelihatan Mak Minah terbujur kaku di birai tangga. Darahnya mengalir laju dari urat rambut. Seperti tali air yang baru dilepaskan dari jeriji empangan. Percikan darah bertompok kecil bertaburan merata di dinding luar rumah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...