-

Wednesday, October 8, 2008

Apabila hati jadi batu (Siri 9)

Pada petang hari nampaklah hasil kayu yang dipunggahnya dari hutan. Berlonggok di birai dinding luar rumah. Di atur dengan kemas dan rapi. Keadaan itu akan menarik perhatian pelanggan. Orang kampung kepingin membeli kayu mereka akan berkunjung ke rumah Mak Minah. Kalau ada tempahan kenduri Irman tidak akan melepaskan peluang tersebut.

Masa itulah diguna sebaik mungkin untuk mencari bekalan kayu yang di perlukan. Sekilogram kayu dijual dengan harga 50 sen. Bayangkan sehari kayu terjual sebanyak 10-15 kg. Irman akan memperolehi antara RM5.00-RM7.50. Bermakna cukuplah untuk menampung hidup dia dan emaknya. Namun untuk keselesaan jauh sekali.

Doa dalam syahdu oleh seorang ibu.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang Maha Kuasa. KepadaMu ku serah segala kehidupanku. Tangan ku tadah keampunanMu lapangkanlah. Ya Allah...Irman satu-satunya anakku. Berilah kekuatan hidup dan bantulah dia. Aminn.... Mak Minah meraut muka selepas selesai berdoa. Mak Minah segera bangkit sambil menanggalkan kain sembahyangnya.

“ Aii...” Mak Minah berdengus tiba-tiba.

Solat Asar sudah ditunaikan. “Tapi....Irman tak balik lagi, kenapa” Hati Mak Minah keluh kesah apabila kelibat anaknya itu belum kelihatan walaupun hari sudah hampir senja. Kebiasaan, waktu ini Irman sudang pulang dari hutan.

Memungut kayu kering untuk dijual. Mak Minah bertambah gusar. Wajahnya kesah. Lalu duduk di beranda pintu luar. Melihat ke arah hutan. Pandangan tidak berkalih walau sesaat sambil ke dua tangan diletakkan di paha.

Tiba-tiba perasaan Mak Minah menjadi sendu. “Apa dah jadi dengan Irman ni...” Mak Minah mengeluh. Mukanya menggambarkan penuh kerisauan yang amat sangat.

Waktu mahgrib jam 7.33.

20 minit lagi waktu maghrib. Irman tidak juga muncul. Bayangnya pun tak nampak. Menambahkan lagi risau Mak Minah. Dia berjalan ke hulu ke hilir. Kelihatan seperti ibu ayam kehilangan anak. Tidak keruan lagak Mak Minah.

“ Makkk....ooo..mak!” Kedengaran suara termengah-mengah. Nafas seolah disekat-sekat.

Irman berjalan terhuyung-hayang menghampiri rumah. Anak tangga dipegang satu dan satu mengheret badan yang kian lemah. Lalu terlentang Irman di muka pintu rumah. Kelihatan dada naik turun tak sekata. Nafas tercungap-cungap. Rambut kusut masai.

Muka berkeringat dan sedikit bercalar di bahagian pipi. Menampakkan darah merah pekat mengalir dari luka tergores benda tajam. Mendatar di sebelah pipi kanan. Lebih kurang 4 cm panjang. Muka yang putih bersih itu kelihatan comok sekali.

“Mak..tolong man Mak...” Suara Irman merintih dalam kesakitan.

Tidak semena-mena air mata Mak Minah terburai di pipi. Dia mengangkat kepala Irman lalu diletakkan di paha.

“Apa dah jadi ngan kau ni nak..” Kelopak mata Mak Minah terus bergenangan air mata.

Lalu jatuh ke dahi Irman yang lemah longlai. Tidak berkata-kata. Muka pucat seolah darah di sedut keluar. Kadang-kadang muka berkerut menahan sakit. Suara bergetar-getar.
Tubuh Irman tidak bermaya. Mukanya dan seluruh badannya berpeluh.

Baju yang dipakai sebelum elok. Tapi sekarang dah koyak. Bahagian lengan, bawah dan tepi baju boleh dikatakan 90% baju Irman terkoyak. Nampaknya Irman mungkin diserang beruang atau diserang harimau. Itu kemungkinan yang hampir tepat. Akan tetapi, seluar berwarna hitam yang dipakainya dalam keadaan baik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...