Wednesday, August 6, 2008

Apabila hati jadi batu (Siri 1)

Apabila hati jadi batu. Segala kebenaran akan nampak kelam, gelap dan berhantu. Hantu mana yang takutkan manusia, tapi manusia mana yang tidak takutkan hantu. Apabila takut, manusia akan lari dan mengelak diri. Tidak sanggup! Hmmm.....

Hati sudah jadi batu. Apakah ada batu dalam dunia realiti yang bersifat lembut macam kapas! Yang akan terburai apabila di tiup angin. Lalu terbang bebas ke udara berceramuk. Tentu tidak, masakan batu seperti kapas. Gilakah dia? Dengan ucapan yang mengatakan batu adalah kapas. Berkongsi sifat sama berlainan jirim.

Arghhh…memang dia sudah jadi gila. Hatinya sudah jadi batu!

Ajaklah dia, serulah dia, pimpinlah dia berkawanlah dengan dia. Mengapa kamu semua menjauhkan diri dari dia. Tak kesiankah kamu kepada dia. Sudahlah dia tunggal. Ibu ayah sudah tiada.

Makan minum entah! Makan ke belum minum ke belum. Itu dia punya pasal. Hati dia sudah jadi batu! Hari-hari dia bilang. Hari ini, hari esok, hari lusa dan hari seterusnya. Dia bilang dan terus membilang. Tanpa berasa penat. Bilakah akan tamat penderitaan hati batu ini!

Apakah di sana ada ranting cahaya yang dapat berpaut. Ku ingin berpaut. Kalau tidak berpaut jatuhlah aku. Jatuh aku ke lembah yang kelam, gelap gelemak. Apakah di sana ada beranda keharmonian. Beranda yang dapat berteduh dari di hujani kejahatan, kekejaman dan kebuasan nafsu.

Hati telah menjadi batu! Hati telah jadi batu!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...