Aku berjalan mengekori rombongan yang melintasi post polis...nasib baik polis hanya memerhati sebelah mata je kat aku.
Sedangkan di bahu aku ada beg galas kecil. Beg itu aku gunakan untuk membawa kamera kecil. Janganla tersalah anggap yang aku ini membawa benda yang merbahaya. Kantoila aku nanti.
Alhamdulillah, dengan motivasi yang tinggi walaupun program yang sedang aku lalui seorang diri ini sangat berisiko antara hidup dengan mati. Tapi aku tak fikir hal itu.
Pentingnya aku dapat melihat dengan labih dekat gelagat golongan yang sesat ini. Alahai...mengeluh aku sendirian apabila pengalaman ini diingatkan kembali.
Gemaan suara orang ramai semakin jelas kedengaran, amukan para manusia dalam kelompok2 sederhana kecil sekitar 10-15 orang satu kumpulan.
Dengan tanpa rasa sakit tengok kepada keadaan muka mereka yang selamba mereka menghayun rantai bermata pisau ke arah belakang kemudian dengan penuh semangat mereka menarik kembali.
Saat itulah aku melihat darah mengalir keluar dari celah kulit belakang mereka. Darah merah yang tiada harga bagi mereka. Hanya kerana pegangan agama yang songsang ingin mengenang kematian Saidina Husin cucu Rasulullah s.a.w.
Mengapa mereka terlalu ta’assub?
Sehingga kepala dan badan mereka menjadi mangsa.
Peristiwa pembunuhan rombongan pada 61 Hijrah di Karbala yang terdiri daripada Husin dan pengikut2nya.
Rupa2nya peristiwa inilah yang mereka tidak keruan rintihkan. Seluruh ahli mereka menangisinya. Aku menarik nafas dan hembus lembut. Haa....
Aku berjalan dan berjalan sambil melihat kelompok2 kecil itu dengan penuh tragis.
Di tepi2 jalan kedapatan ambulans yang menanti kemungkinan kejadian pengsan atau seumpamanya berlaku.
Tengah aku berjalan aku melihat seorang memegang batang kayu yang besar dan panjang dia tongkatkan menegak yang mana batang kayu tersebut diletakkan dengan bendera yang lebar. Lebarnya hampir ke tanah lebih kurang 1 meter untuk mencecah permukaan jalan.
Dan batang kayu tersebut panjangnya lebih kurang 5 meter.
Menariknya apabila orang ramai melalui orang yang memegang kayu tersebut dia akan menyentuh hujung kain bendera dengan tangan lalu mereka menciumnya.
Itulah antara perbuatan yang pelik dan ada kepercayaan mereka sendiri.
Sebagaimana yang aku nyatakan sebelum ini, anak2 kecil telah diajar dengan menyediakan kepada mereka rantai yang diikat dengan mata pisau plastik bukan besi.
Dari kecil lagi budak yang pemikiran kosong tanpa memikirkan baik atau buruk kelakuan tersebut.
Didikan itu disemai halus dan berterusan.
3 comments:
salam..eh..ni kisah masa duk pakistan ni hehe..g sadar ko..bisyar pun g jg rasa po..hehe
yo la pu
ya Allah...ngerinyaaa....T__T
Post a Comment