-

Monday, August 3, 2009

balik kg sesudah 3 minggu mula keje

...


Selepas hampir 3 minggu keje, aku balik kg. Huraiii!! balik kg.
Balik kg ni kalau nak ikutkan penat tu memang tak baliklah aku.

Nasib baik adik aku nak balik skali, bolehlah backup duit minyak kete ckit hehe.
Alhamdulillah habih je keje kat opis, seperti mana yang aku sudah plan untuk balik kg
no problem, line clear.....

Tapi mak datuk!! punya la jem jalan masa nak kuar ke highway daripada taman datuk harun
lebih kurang 1 jam aku kat situ. Tersengih sorang-sorang. Kalau jem buah boleh gak makan ni....

" Hai hamdan sabar je la" Dengus hati aku. Sabar kan separuh daripada iman. Maknanya kalau tak de sabar, maka jawabnya tak sempurnalah iman seseorang itu.


Ok, masuk je jalan highway nak menuju ke cheras...apa lagi aku pecut kete , geram punya jem orang nak cepat jadi lambat. Kemudian aku pun call adik aku eg. " G abe tunggu kat petronas ni petronas mrr2 ampang" aku cakap harap2 dia dengarla apa yang aku cakap tu.

"Bereh...kejap lagi sapa" dia jawab dengan suara tersekat-sekat. Line tak clear mana bokali.

Sampai je kat petronas, adik aku pun datang dengan kawan dia naik motor." Guana bereh abe kita g slalu" Dia sapa aku yang dah berada dalam kete.

" lets go" jawab aku sambil menghidupkan enjin kete. Kete aku terus meluncur laju sambil menyelinap masuk kebarisan kete yang berderek-derek. Entah mai mana la ramai orang ni.

Dalam perjalanan, macam biasa Alhamdulillah hari ni cuaca baik. Tak hujan kalau hujan jalan akan jadi licin.

Jam 2.30 am pagi aku sampai dengan selamat aku trus ke rumah nenek lebih kurang 20 minit jaraknya dari rumah yang aku tinggal sekarang ni.

Lega hati, jiwa dan otak aku pabila sampai kat rumah. Apa tidaknye orang tengah nyenyak tidur sambil di buai mimpi yang kite ni dok tekan pedal minyak kete. Aduihhh….kalau tak tekan pedal minyak bila kete nak bergerak!

2 hari kat rumah sudah memadai untuk aku melepas rindu terutama kat isteri aku yang tercinta.

Memang dah menjadi adat bagi orang yang dah ada pasangan ni kalau dok berjauhan hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan diorang ni. Termasuk aku.

Bangun pagi ahli kuarga semua menyapa, “ bila sapa dan”. “Pagi tadi” Selamba aku jawab.

2 hari ni plan memang cukup padat. Pagi sabtu dah aku balik jumaat ptg, pagi tu aku kena ke kota bharu utk settle kemaskan barang yang nak di punggah keesokkan harinya. Punggah dari kb ke besut.

Pengangkutan ayah aku dah uruskan.

Jadi ayah aku cakap pg ahad baru boleh pok Him( orang yang bertanggungjawab punggah barang aku nanti dengan menggunakan anak lori kecil) pergi bawa barang sume tu.

Selain itu aku kena melawat kuarga kak yang tinggal dekat ngan sungai Kelantan.

Balik ke besut pulak aku kena singgah kat kedai mak( kedai jahit baju) aku. Itu mesti!!.

Malam ahad tu pulak isteri aku nak beli barang sikit kat kg raja. Biasanya kat supermas tak lah jauh mana dengan kg aku dah.

Bereh sume keje selesai…maknanya 2 hari tu dah berlalu dengan pantas. Aku kena kembali ke PJ dan mulakan tugas smula.:)


...

2 comments:

Mhamdan said...

manusia berrebut utk hidup selesa, apakah makna selesa itu sendiri?

Khairi Mohd said...

gambar dio ko gambar ore tuh hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...