-

Tuesday, August 18, 2009

Ya Allah hamare ghuna maaf farma


Kejadian buruk yang menimpa diri, siapa yang tahu. Hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui.

Kita hanya mampu melakukan, melaksanakan dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba.

Kejadian yang ingin aku petik dari dahan pengalaman yang tumbuh di bumi pakistan. Masa tu aku berada di sana untuk mengejar cita-cita yang telah terpahat dalam jiwa dan ragaku.

Masa yang nak jadi bahan berita ni, masa tu aku tengah naik bas dari bandar karachi saddar ke waterpalm. Kira-kira 1 jam perjalanan dan waktu dah nak terbenang matahari.

Biasa bila naik bas dari bandar kalau tak berkejaran dengan ramai orang memang tak sah. Dah le tunggu bas pun dah boleh bilang berapa jam dah terjual kat kedai jam tangan berhadapan dengan tempat aku tunggu bas. Berjam-jam.

Bas sampai pulak, berlari-lari tak kira yang laki atau perempuan cuma yang puan ni lari dia cover sikit slow je.

kalau si perempuan lari laju, maka akan terkeluar dari mulut orang yang melihatnya “laju-laju siapala punya anak tuuu....!!!”

Ha..kalau si lelaki tok osah nak bincang! buat buang mase je...

Bila bas sampai, aku dapat naik.Naik je bas kepala aku secara automatik akan mengeluarkan arahan supaya berhati-hati.

Beg duit engkau letak mana? Tepon kat ner? jaga-jagalah benda semua tu...

Aku jadi perasan dengan sume benda tu.

Biasa kalau kat sane kiteorg keluar je mana-mana kitorg akan pakai baju kurta.
Baju labuh belah sisi macam jubah tapi sedikit singkat labuh bajunya. Seluar pulak free saiz.

Semua golongan boleh pakai seluar yang sama saiz. Gemuk ke kurus ke jalan je dengan jerutan tali khas kat pinggan. Sebijik macam tali ikat kasut tapi besar sikit diameter dia.

Dalam bas aku berdiri kerana tempat duduk dah penuh. Tempat berdiri pulak kaw belakang bas.

Dua barang berharga aku dah aku letakkan di tempat yang selamat. Iaitu dalam poket seluar yang terlindung dengan labuh baju. Insyallah selamat! jawab hatiku.

Sebaik sahaja perjalanan dari saddar ke waterpalm hampir nak sampai, turunlah seorang mamak yang duduk depan tempat aku berdiri.

Sebelum dia turun dia dah bagi isyarat untuk aku supaya duduk tempat yang telah dia kosongkan. Aku enggan. Tapi mamak kat tepi aku sume suruh aku duduk. Atas dasar aku ni orang luar student pulak tu. Diorg suruh aku duduk.

Hormat kat aku la tuu....

Lebih kurang 2 minit aku pun duduk lah tempat yang kosong itu.

Walaupun tempat aku nak tuju dah nak sampai. Paling kurang mengendur la sikit urat lutut aku ni hasil dok berdiri.

Kemudian aku terjenguk-jenguk ke arah tingkap bas untuk memastikan tempat aku confirm dah sampai.

Alhamdulillah sampai juga. Aku turun selepas mengetuk daun pintu yang berperanan untuk memberhentikan bas.

Lega rasanya dah sampai!

Ya Allah naik je rumah, terkejut beruk aku duit aku yang aku letak dalam poket seluar. Hilang!!

Nasib baik beg duit ada. Duit tu baru je aku keluarkan dari bank kat bandar tadi tapi jumlahnya......???

Tak banyak mane tapi sungguh memeritkan.

Terlopong mulut dan mata aku dalam masa 2 second. Nak buat macam mana dah tak de rezeki.
Kesian kat aku kan....Mamak mane la yang ambik duit aku tu dan bagaimana dia curi dan masa mane dia curi memang aku tak perasan. Kalau aku perasan senang la pulak!! nak hentam ....
moral: jaga baik-baik barang berharga walau sekalipun diyakini ia selamat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...