-

Wednesday, March 31, 2010

Hidup hidup Mati mati

Dibaluti kain putih bersih,
Air mata berlinang kegembiraan,
Dipanjatkan kesyukuran untuk Yang Maha Esa,
Tiada batasan,
Kehidupan bermula insan baru,
Azan iqamah disematkan,
Menusuk kemas aqidah,
Hidup hidup, seorang insan,
Dibaluti kain putih bersih,
Air mata berlinang kesedihan,
Dipanjatkan kepasrahan untuk Yang Maha Esa,
Tiada sekatan,
Kematian berlalu bagi insan,
Yasin talqin diperdengarkan,
Memacak kemas mautah,
Mati mati, seorang insan.


Mata rapat tertutup. Hati celik berpandukan agama suci. Manusia berkeliaran di padang yang luas. Berpusu-pusu. Tayangan amalan dimulakan. Mengapa kamu enggan bersyukur. Susah ke untuk bersyukur kepada Yang Maha Esa?

Syukur syukur..apakah hanya alunan nasyid yang mendendangkan. Sedangkan Umar Al-Khatab r.a. khalifah Islam yang ke 2 menegaskan bahawa syukur ialah melaksanakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Kehidupan yang dihidangkan bagaikan makanan yang enak, lazat dan berzat. Bukan sekadar menunggu akhirnya menjadi hampas lalu dibuangkan. Bahkan ibadah perlu diutamakan. Bukan tv plasma.


Gambar rama-rama.

Selingan: Gambar ini diambil ketika aku ingin keluar kerja (tarikh: 25/3/10, jam 7.50 am). Tersangatla cantik hiasan yang ada pada rama-rama tersebut. Lagipun, saiznya hampir sama dengan lebar tiang rumah. Menambahkan lagi keunikan estetiknya.

Kematian bagaikan angin yang bertiup. Datangnya bila-bila namun diyakini. Berlalu menyahut sesiapa yang ditakdirkan untuknya. Kain tudung di beli namun tangan, lengan dan pinggang di hiaskan. Bukan rambut yang bakal menjadi ular sebilangan rambutnya.


Entah mengapa? hati tertutup dari limpahan hidayah Allah. Seperti mulut tempayan ditutup raapat dari air hujan yang lebat. Mulut-mulut para ustaz merencik-rencik bab air hujan itu. Takutla kamu kepada Allah. Diulang diulang dan diulang. Bukan takut lari dari harimau di hutan. Akan tetapi, takut dari menjadi kayu api. Kayu api yang di beri makan neraka jahannam.

Kesihanilah diri kamu!

Jangan jadi seperti mati cicak.


Selingan: Gambar 2 ekor cicak mati kekeringan. Tersepit di belakang pintu bilik air rumah. Gambar ini diambil pada 30/3/10 pada jam 10.00 pm.

Tulang yang tak bisa lembut dengan api gas petronas.

Namun, akan tiba saat tulang bisa hancur lebur dek secangkir api neraka.
Air mata penyesalan, keluarlah dari kurungan kelopak matamu.
Mengalirlah kamu bersama debu-debu dosa.

Ya Allah! Yang Maha Kuasa.

Aku manusia yang lemah, lemah segala.

Terlalu kuat cubaan dunia.

Hanya hidayahMu yang bisa memanduku.

Ke jalan syurga.

Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah….

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...