-

Friday, September 11, 2009

Kuliah utk Staf Yayasan restu

Pagi ni aku cakap pasal nak beraya. Menanti saat melangkah ke gerbang lembaran Aidilfitri semakin hampir.

Sebab itulah tajuk kuliah aku pada pagi ni ‘Bagaimana menyambut Aidilfitri mengikut ajaran Baginda s.a.w.’

Secara ringkas aku huraikan bagaimana perlaksanaan Takbir hari raya,lafaz selamat Hari raya, memakai pakaian yang indah, berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri, mandi dan makan sebelum solat Aidilfitri.

Kita sudah maklum, rata-rata umat Islam akan merasa sangat bahagia apabila tiba saat menyambut Hari Raya.

Perseolannya apakah kebahagian itu terpancar dengan dendangan artis2 kat tv atau melalui putaran lagu-lagu raya dan seumpamanya.

Telinga yang mendengar akan menjadi sayu dan sedih. Lebih-lebih bagi mereka yang menetap di rantauan.

Itu bukan kebahagian yang sebenar. Hari raya Aidilfitri adalah milik Allah. Allah sediakan kepada umat yang melaksanakan segala tuntutan agama.

Mereka berjuang menahan lapar, dahaga dan perangai tidak baik diabaikan. Pendek kata anugerah ini sememangnya bagi mereka yang taat kepada suruhan Allah.

Maka kita dapat faham, perlaksanaannya juga mestilah bertepatan dengan kehendak Allah s.w.t.

Kebahagian yang sebenar lahir dari hati orang yang berpuasa. Di tambah dengan persiapan hari raya dengan pakaian baru, kuih muih beraneka jenis dan ziarah sanak saudara.

Apabila tiba 1 Syawal kita disunatkan bertakbir. Takbir sendiri. Jangan hanya harapkan tv je yg dok takbir.

Kemudian mandi. Penting ni bersihkan diri. Sebagaimana Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi.

Adakah diharukan mandi setiap hari? Beliau menjawab: “Tidak harus melakukannya. Namum, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.”

Itu secara ringkas.

Tapi bagi aku Raya tahun ini sangat bahagia dengan ahli keluarga yang baru. Dengan lahirnya Mohd Harraz.

Apapun apa yang kita laksanakan ganjaran yang kita idamkan daripada Allah s.w.t. Semoga puasa dan amalan soleh yang kita buat tidak sia-sia.

Ops..mengenai tajuk kecil selepas takbir dan mandi tu kita cakap lain kali lak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...