-

Monday, September 14, 2009

Pautan kasih


Setiap malam datang menjengok, saat itu hati aku pasti akan mengeluarkan isyarat bayang-bayangan kelabu orang yang tersayang.

Melingkari dalam linkungan otakku yg seciput.

Berbelit-belit saling melingkari, semacam aku terpaksa mengingatinya.
Sebuah lingkaran kasih. Nyata, aku menanggungnya seorang diri. Tanpa dokongan. Dokongan lafaz atau sentuhan di sisi.

Bayangan si comel kerap kali hadir. Labuhan langsir wajahnya sering menutupi jendela mataku yg sememangnya berlapik.

Barisan bulu mata, mengakuinya.

Apakah tautan kasih ini tumbuh pada setiap lapangan tanah?. Tanah yang mendatar dalam kebun jiwa setiap insan. Menyiraminya air mata. Membajainya ingatan tulus.

Namun, terkadang racun masa telah mencemburuinya. Masa telah menjarakkan aku dengan kenangan. Masa telah melunturkan sinaran yg ada pada langsir kasihku.

Menjadi kelam. Berkabut dek gerombolan awan hujan. Masing-masing saling memberati.

Pilu...aku sedih.

Ke mana perginya suara tangisanmu. Setiap kali waktu rehatmu datang. Muzik tangisan akan terus berkumandang.

Muzik itu kini menjadi igauanku. Benarkah aku sudah menjadi seorang ‘ Abun’.

Realiti atau fantasi.

Hakiki atau maknawi.

As Sidq atau Al Kizbu.

Ya Allah....!!!

Semua ini benar.

Aku telah menjadi seorang ‘Abun’. Tapi, tanggungjawab aku. Terlalu berkuasa. Dia telah memisahkan aku dengan ‘cintaku’.

Tapi untuk sekadar waktu.

Laksana beburung keriangan kerana anaknya ingin belajar terbang.

Laksana seekor ibu ayam mengais bijian keriangan kerana anaknya ingin makan.

Laksana bulan tidak keruan saat anaknya diterobos.

Laksana aku berjauhan dengan Harraz. Apakah makhluk itu semua tahu?Riangkah aku atau sebaliknya....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...