Saturday, October 10, 2009

Kerja banyak



Jeling kanan jeling kiri, dongak ke atas dongak ke bawah lastly aku pusingkan kepala...Aduihh..banyaknye keje.

“Mengapa kau mengadu ni wahai saudara yg bernama hamdan, tidakkah ini tanggungjawab engkau yg mesti engkau laksanakan” Suara hati aku berbisik.

“Ya, betul, memang betul” Aku mengangguk.

Aku teringat Allah swt ada menyebut maknanya: “Tidakkah mengingati Allah itu akan mententeramkan jiwa”.

SubhanaAllah...maha suci Allah!

Kalau difikirkan segala macam permasalahan manusia ada formuler untuk kita. Kata kuncinya mestilah ‘Mukminin’.

Keje banyak ingatlah kepada Allah. Nak pandu kete balik keje jalan jem gila...Aduih! Ingatkan Allah.

Saat ekonomi poket kosong memang kosong..memeningkan kepala. Ingatkan Allah.

Jalan pergi cari barang dapur kat market..lalu lalang mahkluk kat depan yg berpakaian tak cukup. Aduihh..menyakitkan mata, Ingatkan Allah.

Apa keje yg kita laksanakan ingatkan Allah.

SubhanaAllah jiwa kita akan sentiasa dalam keadaan tenang, harmoni dan bahagia.

Laksana kita di taman yang di penuhi dengan bebunga yg berbau harum. Indah! warna-warni bebunga memukau pandangan kornea mata.

Harumnya! Indahnya!

Berterbangan beburung hijau berpasangan lalu hinggap di dahan pokok. Cuit cuit cuit..riangnya mereka.

Tersenyum aku sendirian.

Mata aku membutang.

Tiada lafaz tanpa kata.

Bisu sejenak.

Memerhati keindahan suasana yg sangat mengikat jiwa aku.

Supaya aku terus bersamanya dalam keadaan tenang.

‘Wahai jiwa yg tenang masuklah kamu ke dalam syurga Allah dalam keadaan salam sejahtera!!’

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...