-

Friday, October 2, 2009

Kuliah utk yayasan restu



Pada kali ini aku ayat 60-63 daripada surah al kahfi. Seperti biasa selepas memberi kata-kata aluan aku pun memulakan tazkirah.

Penghayatan menerusi ucapan yg akan diberi tersangatlah penting. Hakikat ini dapat aku rasai. Sebagai contoh sebelum kita ingin memulakan tugasan yg berkaitan dengan penyampaian kepada umum dalam bentuk tazkirah ke, mengajar ke, bagi nasihat ke dan seumpamanya kita terlebih dahulu kena menghayati serta memahami dengan jelas apa yang ingin kita sampaikan.
Jangan di pandang enteng tentang perkara ini.

Aku seperti biasa apabila tugasan ini di suruh aku laksanakannya walaupun makluman yg diberikan kepadaku agak lewat kadang-kadang tu. Tapi aku terpaksa juga melaksanakannya.
Kerana ini tanggungjawab aku.

Kembali kepada point yg utama iaitu ayat dalam surah Al Kahfi yg dimulai dengan ayat 60, 61, 62 dan 63 iaitu menceritakan kisah Nabi Musa a.s bersama teman karibnya mengembara untuk berjumpa dengan seorang hamba Allah s.w.t yang soleh.

Beliau ialah Nabi Khidir a.s(setengah pendapat ulamak kata dia ni seorang nabi Allah pendapat yg lain pulak kata bukan Nabi hanya seorang yg warak dan soleh)

Teman Nabi Musa a.s yg dimaksudkan itu bernama Yusya’ bin Nun.

Sebelum itu kalau kita amati melalui Surah Al Kahfi ini kisah Nabi Musa bersama temanya ini merupakan kisah yg ke 3.

Yg mana kisah yg pertama ialah menceritakan tentang ashabul Kahfi dan yg kedua pula menceritakan kisah kemarahan Allah terhadap kaum yg tidaka mahu beriman kepada Allah walaupun Allah telah menghantar peringatan.

Namum begitu, rezeki yg melimpah ruah yg di kurniakan Allah sedikitpun tidak memberi apa-apa kesan kepada kaum tersebut supaya menerima syariat Allah s.w.t.

Kemudian kisah yg ketiga. Bagaimana teguran Allah s.w.t secara terang-terangan terhadap Nabi Musa a.s ketika baginda berpidato di hadapan kaumnya iaitu puak bani Israel.

Pada masa yg sama ada seorang kaumnya bangun lalu bertanyakan kepada Nabi Musa tentang siapakah manusia yg paling tinggi ilmunya pada saat ini.

Lalu jawapan Nabi Musa yg mengatakan dia lah orang itu. Iaitu orang yg paling berilmu.
Lantas dengan jawapan tersebut Allah s.w.t menegur Nabi Musa. Allah berkata: “Bahkan terdapat hambaku yg lebih tinggi ilmunya daripada engkau wahai Nabi Musa”.

Begitulah, kemudian Nabi Musa mengharapkan agar Allah mengampunkan atas kesilapan yg telah dilakukan.

Selepas itu Baginda minta supaya Allah memberi petunjuk untuknya agar dapat berjumpa dengan hamba soleh yg di maksudkan Allah itu. Di manakah tempat beliau? dan bagaimanakah ingin kau mengatahui di manakah dia berada?

Ringkas cerita, Allah menyatakan bahawa apabila ikan yg engkau bawa itu terjun kembali ke dalam laut maka di situlah tempat orang itu berada.

Pengajaran: Tuntutlah ilmu Allah selagi kita hidup jangan noktahkan usaha ini teruskan dan jangan kita layan sifat sombong sekiranya ia selalu mengganggu jiwa kita.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...