-

Tuesday, November 17, 2009

Senangnya diorang dapat duit


Bunyi je kalimah 'Duit' pasti semua hati orang akan tertawan. Tertawan nak dapatkan duit. ingin tahu duit tu banyak ke sikit. Biarlah nyawa tergadai sekalipun aku mesti dapatkan duit. Cerita pasal duit teringat aku pada kisah yg meragut dua nyawa adik dan abg.

Dua2 menemui ajal selepas excident kerana ingin melarikan diri di highway ldp. Kesian mamat dua ekor tu sapa la mak bapak dia. Itu hakikat suatu yg nyata jelas dapat dilabelkan untuk diri masing2.

Aku pun, tak nafikan diri aku sendiri pun memang begitu. Mudah tertawan dengan libasan duit. Walhal duit itu kertas je beb.Akan terbakar dek api dan akan terkoyak dek tangan yg mengoyaknya.

Mudah kan orang sekarang dapatkan duit. Ala engkau tak tengok ke rata-rata rancangan tv sekarang ni adalah 55% rancangan berkisar pasal duit. Sebagai contoh rancangan 'jangan lupa lirik' yg dihoskan oleh hj aznil nawawi. Rancangan ini memang diminati ramai.

Peserta yg Ingat lirik lagu dapat duit. Tak ingat duit tak dapat. "RM1000 akan menjadi milik anda!! Sila kunci lirik itu" teriak hj aznil....Hahaha orang yg berselerak kat tepi audient tu masing2 bertepuk tangan dan ketawa berbahak2.

Komen peserta yg baru dapat habuan duit pulak "Alhamdulillah syukur kepada Allah yg Maha Esa( baru ingat Allah masa dapat duit) kerana memberi rezki ini".Berkata-kata dengan tersenyum dia sambil menangis. Yg tuan punya badan si perempuan, tak tutup aurat pakai baju ketat dah la badan lebih lemak..kurang sesuai la sebut nama Allah swt. Allah yg maha suci!!Meluat sangat aku tengok. Dah tu kenapa yg hang dok pi tengok jgak!!Entahla...

Kesian kan kat orang susah, masih berselerak di merata-rata tempat kat malaysia ni. Jalan ke utara,barat, timur dan laut 360 darjah dok pusing atas daratan bumi malaysia pasti ada orang susah. Kita pasti akan terserempak dengan mereka.

Tak pun kelibat mereka akan kelihatan di ceruk2 bandar. Kenapa duit yg mudah dapat tu tidak dikumpulkan dan diagihkan kepada puak miskin yg merempat. Anak ramai rumah buruk makanan kurang dan tak tentu ada atau tidak makanan hanya untuk mengisi perut jauh untuk mengenyangkan.

Duit duit duit. Pernah satu kali aku bertanya kepada member. "Eh engkau tahu tak dok mana nilai duit satu ringgit" Sambil aku menayangkan kepadanya duit seringgit.
"Kalau duit kita terbakar separuh, kita boleh claim kat mana2 bank. Ataupun duit duit terkoyak ke apa2 ke pendek kata duit kita masa tu nilainya takde" aku sambung lagi.

Nampak mukanya menyengit. "Entah!!"

"ha kena cari jawapan dia" Aku bagitau kat dia.

Orang yg banyak duit senang ke hidup diorang, agak2nya.

Tapi aku rasa belum tentu senang. Tengok apa jadi pada michael jackson sejurus selepas kamatiannya.Apa yg berlaku. Kelam kabut ahli kelurganya masing2 berebut untuk mendapatkan hak pengurusan harta. Ucapan ini terkeluar sendiri dari mulut Grace Rwaramba jururawat yg hari-hari dok merawat mj.

Masa dia hidup. Rumah dia kat neverland (klik) ingin dilelongnya kerana kekeringan duit. Pelik bin ajaib! Orang berharta menggunung tapi duit entah kemana merayap!

Aku sendiri kalau ingin bercerita pasal duit dalam hidup memang sungguh meruntumkan jiwa. Aku dilahirkan daripada kelurga yg susah. Nak bawa duit pergi sekolah biasa tak cukup. kadang2 tak de langsung.
Tengok sahabat2 keluar kelas time rehat kita dok je dalam kelas buat2 ada keje. Kalau boring keluar lepak bawah pokok.Melihat kawan2 berlari-lari sambil memegang plastik air dan keropok.

Aku hanya kenyang dengan merenung ke satu arah yg amat jauh.

Aku terima dan pasrah ini hidup aku. Tapi keluarga aku bahagia.Aku tak nafikan! memang bahagia.

Apakah kita boleh hidup tanpa duit ataupun hidup kita ini mesti dengan adanya duit. Renung2kan lah.


2 comments:

Khairi Mohd said...

keno cari duit tu hoho.

mano website saing abe tu takdok pon sini.

salmanfasiri said...

em jolo doh tu,duit kena cari, akhirat kena di hati, baru hidup diberkati, mati pun sedap hati
hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...