-

Friday, November 20, 2009

Kerja memang memenatkan


Dalam sehari takkan 2 kali kena meeting. Aduih, menggeleng kepala aku. Apa nak buat dah kerja namanya kena juga laksanakan walaupun berat dan memenatkan.

Kali ini aku kana buat persediaan dengan rapi dan penuh hemat terhadap program yg akan bermula pada petang esok. Program yg dimaksudkan ialah program yg telah aku war-warkan sebelum ini di dalam blog mengenai 'Kem smart hafiz'.

Dalam pemerhatian ketika mengurus dan mengatur program. Komitmen dan kerjasama antara semua pihak yg terlibat sangat dan adalah tersangat penting.

Seolah2 boleh diibaratkan sebagai sebuah kapal terbang. Kapal terbang yg ingin terbang tinggi ke udara pasti perlukan kepada persiapan yg rapi. Keadaan enjin, sistem komunikasi, kedua sayap pendek kata semuanya perlu sentiasa dalam keadaan baik.

Seandainya sebelah sayap rosak semua yg terlibat tidak boleh terbang!

Masakan ini program utk anak2. Anak2 yg berumur belasan tahun. Pembinaan minda dan kecergasan fizikal amatlah penting untuk mereka maka penerapan kesucian dan kemurniaan yg berlandaskan dengan landasan Al-Qur'an dan Al-Hadith amat bernilai dalam hidup mereka lebih-lebih lagi apabila mereka meningkat dewasa kelak.

Begitu juga dengan membina kesedaran insaf terhadap pengorbanan kedua ibu bapa yg membesarkan dan mendidik mereka tanpa mengenal penat dan lelah. Dari saat kita hanya tahu menangis dan tidur sehinggalah kita dapat ketawa bersama anak2 dan cucu cicit.

Falsafah program yg ingin kita anjurkan tidak lain tidak bukan adalah berkonsepkan dakwah islamiah. Maka hal ini perlu diterapkan dari awal umur anak2 lagi. Bab kata pepatah melayu 'Ingin melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Di samping kekuatan minda, kita cungkilkan melalui kaedah hafazan quran cepat kita juga melaksanakan aktiviti kecergasan jasmani. Pelbagai aktiviti kecergasan yg terdiri daripada sukan 'indoor' dan 'outdoor'.

gambar hiasan



Untuk gambaran program secara ringkas yg mana program di mulai dengan:

1- Tahsinul quran: Membuat penelitian melalui bacaan Al-Qur'an oleh peserta yg berdaftar ketika masa pendaftaran di buka.

2- Pembahagian kumpulan: Peserta akan ditetapkan dalam kumpulan masing2.

3- Melawat galeri dan muzeum mushaf: Peserta akan di bawa melawat ke tempat terletaknya mushaf malaysia.

4- Ta'aruf: Program berkenalan sesama para peserta.

5- Hafazan: Akan di ajar kaedah hafazan ayat quran secara mudah.

6- Tayangan multimedia: Tayangan yg berkaitan dengan keajaiban Al-Qur'an.

7- Aktiviti sukan: Bersukan mengikut keadaan cuaca pada hari tersebut.

8- Persembahan: Peserta akan membuat persembahan hasil kerjasama di antara mereka.

Secara ringkas untuk kali ini wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...