-

Monday, March 29, 2010

Seruanmu akan tiba

Gambar: Aku dan sahabatku ketika di Mesir(awal 2007)



“ Pu macamana dah jumpa ke” Arrr… Dan jumpa tu memang ada tapi ada masalah pulak , ayah dia cakap biar anak dia habis belajar dulu baru boleh kahwin. Melepas…la jawabnya. Ni yang ke berapa kali dah melepas agaknya.


Sahabatku Ust Saiful memang cukup sinonim dengan ayat power daripadaku ‘ Dah jumpa ke’. Andaianku kalau aku melontarkan soalan seperti itu dah sah dalam kepala otak dia akan terbit jawapan ‘ belum lagi dan’ tak sampai seru lagi…..


Dia (ust saiful) dan aku bersahabat sama dengan engkau semua kat luar tu bersahabat. Tapi kami bersahabat sampai tahap dah boleh cop dengan label ‘Sahabat karib’.


Kenapa tidaknya dari awal pengajian di sekolah menengah lagi aku dan dia bersahabat. Sehinggalah ke peringkat Sijil Tinggi Ugama ini dulu sekarang dah tukat Sijil Tinggi Agama Malaysia atau STAM. Kemudian tamatkan pengajian Tahfiz sama2 walaupun dia lebih awal lagi menamatkan hafazan.


Selepas itu sambung buat Ijazah Islamic studies sama2 dan bla bla bla…panjang lagilah kalau nak cerita….ringkasnya…


“Nak buat guane Pu bukan jodoh anta lagi, Insya Allah ada hikmah tu Pu kita sabar je la…” Aku bagi jawapan biasa.


Pertemuan jodoh setakat merancang kita mampu tapi keputusan jadi atau tidak itu hak mutlak Allah s.w.t..Dah banyak kali sahabatku ini kecewa dengan beberapa sikap mereka2 yang tidak berttanggungjawab. Maksud aku tidak bertanggungjawab tu sebagai contoh cerita yang awal aku lafazkan di atas. Seorang ayah dia bagi alasan yang anaknya belum tamat belajar lagi. Mana boleh kahwin.


Last2 dengar berita budak perempuan itu dah pun kahwin dengan pilihan dia sendiri dengan seorang jejaka belajar Mesir jugak. Aik! ayah dia cakap sebelum ni biar anak dia habis belajar dulu baru boleh kahwin. Ni kedua-duanya baru habis tahun satu, berkahwin. Satu contoh.


Satu kes yang lain( berlaku di malaysia) sahabatku dan aku pernah memberi rawatan gangguan jin. Aku pembantu dia je….Kisahnya begini, dua orang adik- beradik perempuan. Kebetulan yang mintak tolong ni sahabat aku jugak yang belajar di Karachi dulu. Memang pesakit ada hubungan kekeluargaan dengan zaujah member aku ni.


Alhamdulillah dengar beritanya pesakit itu telah sembuh dari penyakitnya. Oleh kerana kejayaan Ust Pu berubat lalu member aku ini ingin menjodohkan dia dengan salah seorang pesakit tadi. Tapi emak ust Pu tak berapa setuju. Ada sebabnya tu….melepas lagi.


“ Entahla dan…ana berasa tawar hati dah kalau bersembang bab2 cari jodoh ni” Ust Pu cakap kat aku dengan memek muka tawar tidak ceria.


“ Eh jangan Pu…ada hikmahnya tu segala apa yang berlaku dan apa yang anta alami itu mungkin ada yang terbaik akan anta perolehi nanti” dengan suara yang bersemangat aku jelaskan kepada sahabat aku ini.


Kami berdua bersembang ketika kunjungannya ke rumahku beberapa hari yang lepas. Kebetulan di KL ada pesta buku. Tapi dia datang ada urusan lain. Sambil tu sempat la kami berdua pergi menjengah sekejap di pesta buku itu.


Memang ini ketentuan Allah apa yang dia alami ada hikmah. Satu hikmah yang tidak mampu untuk di rungkai dengan perkataan. Tidak mampu untuk di isyaratkan dengan anggota. Seruanmu telah tiba. Sahabatku telah berjumpa dengan pilihan hatinya. Pilihan dia dan pilihan keluarga.


Seorang muslimah bab mutiara di lautan. Di jaga oleh air laut yang luas. Di penuhi dengan kecantikan dalaman dan luaran. Satu keluarga ibarat air laut yang tidak membataskan miskin atau kaya. Gelap atau cerah. Seorang Insan yang akan melengkapi hidup sahabatku ini dengan menerajui bersama bahtera perjuangan yang telah di tetapkan penghujungnya oleh Yang Maha Kuasa.


Aku turut bersyukur kepada Yang maha Esa. Terima kasih wahai Allah! Seruanmu akan tiba.

2 comments:

salmanfasiri said...

Assalamualaikum...
terharu ana baca artikel enta ni...

Doalah DAN, moga yang terbaik buat ana...

" Doa seorang sahabat kepada saudaranya di luar pengetahuannya, tidak akan ditolak "

hamdan said...

Persahabatan kita jalinkan kerana ALlah. Insyallah persahabatan ini akan berterusan sampai ke alam barzakh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...