Tuesday, April 27, 2010

Dulu dia kejar kita sekarang kita kejar dia

Dunia sentiasa berubah. Itulah hakikat yg kita semua maklumi bahawa ‘dia’ dulu memang suka sangat kalau dapat kita. Tapi ‘dia’ sekarang takut sangat kat kita. Apa tidaknya…ooo lupa nak bagitau ‘dia’ yg saya maksudkan ialah si lintah.

Kan dulu kalau kau orang sempat mandi di tali air di kampung mesti ada di antara kau orang yg pernah di gigit dan dihisap darah oleh si lintah. Saya sendiri pun pernah…sakit jugak! dan geli pun ada…eee.

Sapa yg tak kenal dengan lintah . Lintah dalam dunia ni kalau kau orang ingin tau terdapat lebih kurang 500 spesis atau anak beranak dia dan namanya ialah kerbau. Eh kerbau pulak!...linnnntah kerbau.

Dia tumpang nama kerbau sebab dia suka kat kerbau. Hehe…nama saintifiknya pula Hirudo Medicinalis…Lintah secara puratanya hidup dalam air. Kalau yg hidup di darat tu orang panggil dia ‘lintah darat’.

Dengan ringkasnya, pada akhir tahun lepas sempat saya pergi makan kenduri kat rumah sepupu mak mertua saya kat dungun Terengganu. Lepas2 makan dan minum ada seorang saudara mak mertua saya ajak berjalan ke rumahnya. Dari lokasi kenduri tu tak jauh lebih kurang 1 km.

Kami sekeluarga pergi dengan rela hati. Sampai kat rumah saya terlihat banyak terdapat tangki air bersebelahan rumah dia. Saya dah agak ni mesti kolam lintah. Memang sah kolam lintah….cuba tengok gambar kat bawah.



Punya la geli saya tengok…eee gelemang rasenya. Loya nak muntah pun ada.


Tapi sekarang berapa ramai rakyat Malaysia yg telah kaya raya kerana pengorbanan lintah. Walaupun dia mempunyai 3 lapisan otot yg kuat seperti otot circular, diagonal dan longitudinal. Akan tetapi kekuatannya hanya setakat hisap darah kerbau dan manusia je tidak lebih daripada itu. Nasib kau la lintah!!

2 comments:

miss hav0c said...

comelnya lintah itu

hamdan said...

comelnye kat ner...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...