-

Thursday, April 22, 2010

Selitan kisah 'Berpolitik' di kedai kopi

Pagi ini emak saya tiada selera makan. Dia minta saya membelikan nasi lemak sahaja.Di gerai yg saya kunjungi duduk beberapa orang lelaki separuh baya. Mereka bersembang yg tidak jelas topiknya malah saya tak ambil pusing sehinggalah salah seorang meninggikan suara bertanya kepada yg seorang lagi katanya " yer lah, awak ni orang mana? kawe tanya berapa kali doh, awak jangan dalih dalih."

Kekuatan suara itu membuatkan saya menoleh ke arah pakcik yg bertanya. Rupanya di meja itu mereka bertiga ,yg seorang lagi anak muda berbaju biru tua yg sedang berbual di talian HPnya." Kawe orang hijau. Biru tak main lah " balas lelaki di sebelahnya seperti membentak.

" Saya pakai baju biru" Si lelaki muda menyampuk sambil ketawa berdekah.

" Baju biru tak apa, jangan undi biru", jawap lelaki kedua tadi. Nampaknya lelaki pertama agak marah kerana lelaki kedua tidak menyatakan pendiriannya politiknya, mungkin. Kemudian mereka terus berbual, saya sudah membayar harga makanan dan beredar. Dalam hati saya sedikit kesal melihat watak masyarakat, sembang politik di warong sampai macam nak bergaduh. Usia sudah separuh abad tapi sikap masih beremosi.


Pepatah melayu berkata" Cakap siang pandang pandang,cakap malam dengar dengar". Pepatah tersebut memberi ingatan kepada kita supaya sentiasa berawas akan apa yg kita perkatakan. Terutamanya di khalayak ramai,kerana cakap 'tak berlapik' bakal mengundang macam-macam musibah, lebih2 lagi bab politik.

Kata orang SB ada di mana-mana. SB ialah singkatan kepada 'special branch" atau polis cawangan khas yg tidak memakai uniform polis. Polis ini berada di mana-mana sahaja sebagai mata dan telinga kerajaan. Khidmat SB amat penting kepada negara turutama dalam membanteras musuh negara dan musuh politik pemimpin negara. Oleh itu bila kita bercakap atau nak mengutuk pemimpin negara hati2lah, silap hari kita bakal menghuni bilik2 kecil di Balai Polis untuk beberapa hari sehingga soal siasat selesai.

Kita tidak boleh percaya kepada pengakuan mulut sesiapa pun terutama orang yang baru dikenali.Sepatutnya warong2 menjual makanan dijadikan meja usrah, cakap hal yang boleh membawa untung dunia akhirat.Kalau kaum ibu yg berkumpul mungkin topik perbualan adalah hal rumah tangga. Tetapi jika lelaki berkumpul biasanya hal politik yang disembangkan. Adakalanya emosi mengatasi rasional sehingga boleh mencetus perbalahan dan bermasam muka.

Bila warna politik diketahui, ada kalanya ia merubah pendirian seseorang. Jika ke arah menguatkan persaudaraan tak mengapa, jika memecahbelahkan ukhwah, alangkah ruginya. Bukankah lebih baik dalam usia emas itu, jadi ajen pengerat ukhwah , menjadi contoh kepada anak2 muda. Soal politik biarkah peti undi sahaja yg menentukan. Jika ada kepincangan pada wakil (ADUN) yg dipilih, bincanglah secara matang, bukan seperti pepatah 'marahkan nyamuk kelambu dibakar."

Lebih malang bagi peniaga, ada kalanya disebabkan berbeza fahaman politik rezki pun melayang sama. Ada pelanggan lari bila tahu taukeh kedai orang kuat UMNO atau PAS misalnya. Ada yg lebih rela ke kedai ah chong atau kedai Mutu dari mendengar hujah2 politik di kedai melayu. Sebenarnya cakap politik di warong atau di kedai kopi tak dapat merubah senario politik secara matang, adakalanya ia hanya menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat. Yang bertambah rugi adalah ummat kita.

2 comments:

Khairi Mohd said...

5 bintang untuk tajuk ini hehe.

ba maroh benar pakai baju kaler biru hahahah

bhai said...

takpo doh loni paka warna biru pom asalkan warna biru mudo hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...