Tuesday, November 24, 2009

Mek akan sedih

Alhamdulillah, minggu depan aku akan tinggal bersama dengan keluarga setelah hampir 2 tahun dok ulang alik balik dari tempat kerja ke kg dalam sekali sebulan.

Hanya Allah yg tahu bagaimana perasaan seorang suami dan seorang ayah apabila tinggal tanpa keberadaan mereka berdua di sisi.

Namun, di sebalik kegembiraan aku ada seorang insan yg bakal menghadapi kesedihan yg amat sangat.

Kesedihan perpisahan dengan seorang cucu yg tersayang walaupun pada hakikatnya cucu yg lain masih ada bersama yg tinggal berhampiran.

Apa kesudahannya? Kesedihan dan kegembiraan akan bersama-sama nanti. Apakah keputusannya yg bakal menerjahi aku nanti?.

Aku, isteri dan anak. Mertua aku dan cucunya.

Pasti nanti, Mohd Harraz bakal meninggalkan kg halaman nenek. Nenek yg tidak jemu menadah telinga mendengar tangisan.

Tidak jemu mengotorkan tangan membasuh tut tut harraz di kala dia melepas hampas makanan!

Itulah nenek harraz. Kamariah atau aku panggil dia dengan panggilan 'mek'.

Mek ni memang rajin orangnya. Kalau tak sampai waktu zohor memang dia tak akan naik ke rumah setelah awal pagi turun membersih halaman dan keliling kelalang rumah.

Nasib baik kerja menyediakan makanan tgh zaujah aku yg tolong settle kan setiap hari.

Mek akan sedih. Aku tahu. Tapi inilah hakikat kehidupan yg mesti di turuti walaupun berat dalam hati utk berpisah seolah sebutir batu besar sedang menghempap ke atas dada. Terlalu berat utk menerima perpisahan.

Apa harus aku buat mek.

Ini tanggungjawab aku. Menjaga keluarga aku sebaik mungkin. Mendidik isteri dan anak. Tapi kita hanya berpisah buat sementara waktu.

Masa cuti aku boleh balik kg. Harraz akan dapat berjumpa dengan mek nanti.


senyum sokmo!!


1 comment:

Khairi said...

byk napok taik hidung haroz tu hehe. Pasni buleh main ngn abi sokmo2 la dio.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...