Friday, June 25, 2010

SEMPENA HARI ILMU DAN PAMERAN BUKU NEGERI SELANGOR 2010.(Khutbah jumaat masjid negeri Selangor 25.062010)


Ringkasan:


1-Allah s.w.t. berfirman menerusi Surah Al Alaq ayat 1-5 yang menjelaskan mengenai kekuatan kuasa “Membaca” sebagai medium penting kepada kemajuan tamadun masyarakat Islam.


2-Melalui sambutan Hari Ilmu di negeri Selangor dan Pameran Buku telah membuktikan bahawa kerajaan Negeri Selangor terlalu perihatin terhadap anak negeri agar membudayakan membaca dalam kehidupan harian.


3-Namun di sana masih jelas kepada kita bahawa realiti peratus minat membaca di kalangan masyarakat Negara kita amnya dan di Negeri Selangor khususnya masih di tahap sederhana.


4-Terdapat kata2 Imam Al-Qurtubi menyatakan:


“Membaca ibarat binatang buruan, menulis pula ibarat ikatan. Ikatlah dengan kuat binatang buruan itu agar ia tidak terlepas”


5- Melalui membaca akan melahirkan:


a. Generasi yg bertamadun tinggi.
b. Membina kekuatan syariat Allah s.w.t..


6- Membaca,menulis(sbgi contoh menulis blog) dan mengkaji adalah unsur2 penting bagi memahat intelektual seseorang individu. Sebagai contoh ulamak agung yg terdahulu seperti Ar Razi, Ibnu Sina, Al Khaldun dan lain2 lagi merupakan contoh golongan yg telah diangkat darjat oleh Allah s.w.t. dengan Ilmu. Sehingga hasil Ilmu mereka di ceduk hampir seluruh dunia baik golongan Islam maupun golongan Kafir.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...