-

Thursday, July 8, 2010

3 Faktor yang slalu melalaikan manusia

- Berangan-angan kosong.

Surah Al-Hijr ayat 3 “ Biarkanlah mereka makan dan bersenang lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan kelak mereka akan mengetahui”.

- Perniagaan dan jual beli.

Surah Al-Nur ayat 37 “ Lelaki yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah s.w.t. dengan mendirikan solat serta membayar zakat dan mereka takutkan hari qiamat yang padanya hati menjadi gementar”.

- Harta dan anak-anak.

Surah Al-Munafiqun ayat 9 “ Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh harta dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah s.w.t. Sesiapa yang melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi”.

Melalaikan manusia. 3 perkara diatas sering menjadi topik penting dalam hidup manusia. Selalu berangan, kumpul harta banyak2 dan juga anak pinak yang ramai dan cerdik2 belaka.

Semua menjadi hambatan nafsu jahat sekiranya salah mengeksploitasi perkara tersebut.

Kesian manusia jadi mangsa nafsu!


Kita ikut telunjuk dia. Lastly mati kelak dia pulak akan mengelak daripada kita. Tak mahu mengaku yg kita pengikut dia. Oleh kerana “Haqqul Yakin” dihadapan neraka yg marak!.


Manusia.... manusia....otak ada tak mau berfikir!


Binatang otak ada jugak tapi tidak boleh berfikir!


Masalahnya mengapa manusia sering dilalaikan oleh oleh 3 perkara tersebut!


Masing2 pakat berfikir kita ni lagumana?

2 comments:

Unknown said...

Ye, betul tu, aku pun selalu lalai.. astaghfirullah..

Mhamdan said...

betul tu amirul..sama2 kita bermuhasabah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...