-

Tuesday, July 6, 2010

The Meaning Of The Holy Qur'an.



Pagi tadi ada 2 orang hamba Allah datang ziarah kawan di pejabat. Sambil ada urusan kerja. Kedua2nya dah berumur. Sorang tinggi dan sorang lagi sedikit rendah. Rambut pun dah beruban. Agak saya mereka berdua ni mungkin dalam lingkungan umur 60 –an.

Nampak lagak pakcik yg agak tinggi seorang ilmuan. Cara dia bercakap dan jugak banyak bertanya. Habis perkara pasal Al-Quran dia nak tahu. Proses penulisan hingga kepada proses cetak. Bagus cara dia walaupun dah berumur masih minat utk bertanya.

Semasa dia berborak ngan kawan sempat saya mencelah bertanya kabar. Dia dengan ramah sambil muka terenyum membalas balik sapaan saya.

Saya ni memang suka berbual. Lebih2 lagi dengan orang ilmuan seperti pakcik tu. Dia bilang datang dari PJ dan nama dia pulak ialah Dr Ahmad Kamal bekas pensyarah. Asal pensyarah dari institut mana terlupa lak nak tanya.

Sambil berbual dia mencerita banyak perkara. Tapi topik yg paling penting ialah pasal buku. Lalu, dia memperkenalkan saya sebuah buku translation oleh Abdullah Yusuf Ali. Beliau memang terkenal dengan penggunaan gaya bahasa yg cukup mahir.

Dia bagi kat saya lalu saya membeleknya. Bagus jugak buku ni!. Fikir saya.

“ Brape harga buku ni pakcik beli”

“5 ringgit je, tapi ada jugak orang yg jual sampai 15 ringgit, teruk betul!” Bersungguh dia cakap kat saya. Pakcik beli banyak buku ni lalu pakcik tauzi’ (bahagi) kepada kawan2.

“Oooo.. ye ke..ada lagi tak buku ni ngan pakcik?” Tiba-tiba terkeluar dari mulut saya soalan.

“Emm..ada, apa anak nak ke buku ni. Tapi kalau buku ni pakcik dah banyak tanda…”

“Eh tak pe lah pakcik menarik jugak kalau dapat” Buat muka tak malu. Macam dah kenal lama berborak ngan pakcik tu.

“Ok tak pe adik ambik je buku ni pakcik hadiahkan” Lantas dia cabut penanda buku lalu di baginya saya.

Tergamam sekejap!

“ Eh ye ke pakcik ni pahtu pakcik nak baca…” Saya ingin kepastian.

“No hal ada lagi..” Dia pandang tepat ke muka saya kemudian terus tukar topik. Yusuf Ali ni suka berbahasa English klasik dan mudah utk difahami. Banyak point. Awak bacalah. Terima kasih banyak2 pakcik sambil tersenyum lebar. Lebar selebarnya kerana ada orang hadiah buku kat saya. Hehe :)

Ringkasan perihal buku tersebut:

Permulaan buku Sayyid Abul A’la Mawdudi ada berkata:

“ This piece has been written with two objectives. First, to acquaint the reader with certain matters which he should grasp at the very outset, so a to achieve a more then superficial understanding of the Holy Book. Second, to clarify those disturbing questions that commonly arise in the mind of the reader during the study of the Quran”.

Lebih kurang dia cakap mengenai dua perkara penting. Pertama, pengenalan mengenai quran dan pembaca harus memahami daripada awal lagi mengenai ilmu quran utk mencapai pemahaman yg mendalam. Kedua, bagi menjelaskan persoalan yg sering mengganggu dalam benak pembaca semasa pengajian quran.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...