-

Monday, July 5, 2010

Damai sungguh pantai balok.

Pagi sabtu 3 Julai beberapa hari yg lepas sebagaimana kami planning utk berkunjung ke Kuantan telah tiba masanya. Kemudian, kami ready dengan berkemas apa yg patut. Pakaian kami sekeluarga dan yg terlebih penting kelengkapan Harraz. Dengan baju, pampers, nestum, susu dan beberapa kelangkapan lagi.

Kalau hendak kemana-mana tempat orang yg paling ambil berat ialah ‘si dia’. Seperti kata2 dalam segmen ‘Aduan Rakyat’. Aduan rakyat TV3 ambil berat. Memang saya sendiri respek kepada si dia. Tak cukup tangan seolah-olah. Ke sana ke mari ke hulu ke hilir. Naik tingkat atas kemudian turun balik.

Tersenyum sendirian kadang2 melihat gelagaknya. Perasaan lega teramat sangat kerana saya telah dianugerahkan ‘si dia’ oleh Allah s.w.t.. Alhamdulillah ku ucapkan…ehmm. Saya pulak bukan duduk saje ye. Saya pegang harraz!.

“Eh abg..cepatla abg nak bawak baju mana nie, baju mana satu cepatla su nak simpan ni” Tergah Si dia kepadaku.

“Oh ye.. ye.. baju mana ye, alaaa bawa la baju mana pun asalkan halal dipakai…hehehe” Saya berseloroh sambil tersenyum kepada si dia.

“Abg ni orang nak cepat dia main2 pulak!...” Si Dia berpaling muka dan terus menyelesaikan tugasnya mengemas baju.

Baju yg telah tersusun rapi di rak lalu satu persatu dia belek kemudian diletakkan dalam beg pakaian.

Alhamdulillah segala persiapan beresss…

Selepas mengemas baju si dia siapkan bekal pulak. Nak jalan jauh kalau nak jimatkan kosnye berbekallah jawabnya. Jangan malas sudah!.

******

Tepat jam 11.30 tgh kami sekeluarga pun bertolak ke kuantan. 1 km kami susuri kemudian 2 km melalui jalan biasa daripada lebuhraya Guthrie kemudian exit menuju ke sungai buluh, selayang, kepong dan terus keluar ke Gombak yg terlebih dahulu melalui batu caves.

Perjalanan 1 km daripada awal lalu bertambah dan bertambah kemudian menjadi 239 km lebih. Maknanya perjalanan kami semakin hampir dengan detinasi. Iaitu kuantan.

Alhamdulillah selepas sekali berhenti untuk makan akhirnya kami selamat tiba di Bandar kuantan lebih kurang 4 jam setengah daripada Shah Alam.

Di Kuantan kami tiba petang. Waktu petang memang Jalan Bandar dan jalan mana2 pun kebiasaannya sesak. Jadi perjalanan seterusnya sedikit lambat.

Destinasi kami sebenarnya ialah ke Pantai Balok. Di sana kami akan bermalam di rumah abg ipar saya betul2 dekat dengan pantai balok.

Dekatnya tu sekiranya saya berteriak sekuat hati maka orang di tepi pantai insyallah akan dengar suara saya. Bagi mereka yg tidak cacat pendengaran la. Syaratnya saya mesti guna mic :). Kalau tak pecahle anak tengkok saya ni.

Ha gambarannya nampak dekatkan.

*****

Ketibaan kami sekelurga di sambut dengan gembira. Sebaik saje saya parkir kete nampak mereka anak beranak meluru menuju ke arah kami. Tak sempat nak bukak pintu kete.

“Harraz..harraz, mana harraz” itu ucapan pertama keluar dari mulut Kak Ngah (Kakak Ipar) dan anak2nya.

Sebenarnya mereka tak sabar menanti kedatangan harraz. Itu yg gembira sangat mereka tu dengan kehadiran kami.

*****

Oleh kerana kami tiba agak lewat petang maka berehat la semestinya. Ingin keluar ke pantai tak sempat dan segala urat masih tegang lagi. Di campur masa tak mengizinkan dan lenguh badan tak hilang lagi. Lalu saya berehat!.

Waktu petang kemudian beralih ke waktu malam. Malam yg hening kami dua keluarga berborak anak beranak. Banyakla modal yg kami borakkan dari masalah yg suam2 hinggalah masalah yg panas buat ketika ini. Masalah ‘World Cup’.Hehehe…

******

Keesokkan paginya selepas makan pagi. Tiba2 dengar suara orang bagi salam.
“Assalamualaikum…”

"Waalaikumussalam..."Kami semua yg ada jawab salam beliau.

“Entah sapa yg datang…” Fikirku.

Oh..rupa2nya Pak Ngah Daud. Pak Ngah Daud ni saudara kami jugak. Rumahnya dengan rumah abg Kori (panggilan abg ipar) selang 10 buah rumah agaknya.

Tak jauh mana.

Dia datang apabila dia tahu yg saya datang berkunjung ke sini. Lebih kurang 15 minit dia dan kami berborak-borak. Lantas dia mengajak saya utk ke muara cari kepah. Kebetulan buat masa ni air surut.

“Leni ni air surut molek sangat la kalau kita nak cari kepah..”Pak Ngah dengan memek muka serius bagitau saya.

“Ok jugak tu Pak Ngah..lagipun memang minat saya kalau keje cari mencari ni…lebih2 lagi benda yg kita jarang2 buat” Saya berasa teringin sangat apabila Pak Ngah ajak utk pegi cari kepah.

*****

Setakat tu saje masa tak mengizinkan….

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...