-

Sunday, August 29, 2010

Hadiah novel: Bumi cinta




Tiada seindah kata selain Alhamdulillah ucapan syukur kepada Allah s.w.t. Sepasang mata anugerah yg Maha Esa tiada keindahan dapat ku lihat selain keindahan alam flora yg menyamankan jiwa. Jiwa menjadi tenang kata menjadi lorong untuk menggapai martabat syukur. Syukur yg kudus.

Alhamdulillah terima kasih di atas pemberian buku novel ini. Seolah-olah ust pun tahu yg ana minat baca novel.

Pada petang hari seminggu yg lepas saya pergi bertandang kerumah Ust Abd Hanan. Bertandang bukan sekadar utk berbual semata tetapi ada keje utk dibincangkan.

Sebaik perbincangan tamat saya sempat bertanyakan akan buku-buku yg tersusun rapi di rak di satu sudut rumah.

“Aii ust banyak nampak buku buku novel pun ada minat jugak ust baca novel ye” Bilang aku.

“Eh tak minat sebenarnya zaujah ana je yg rajin baca lagipun buku-buku novel semua tu bukannya ana beli tapi free…”

“Free ust”

“ye kan hari tu ana keje ulang alik ke kilang cetak dekat dengan batu caves. Kebetulan di sana pada masa ana pergi ada banyak buku-buku novel yg baru dicetak rosak apa lagi ana cuba mintak. Penyelia bagi ana ambik ler”

“ Antaranya buku ni..”

Ust Hanan bangun dari tempat duduk lalu meluru ke rak lalu dia mencapai satu buku novel tebal jugak nampaknya.

“Eh ni buku karya Habiburrahman ni ‘BUMI CINTA’.

“kenapa anta minat ke kepada Habiburrahman”

“Minat tu minat biasa-biasa je”

“Ok kalau anta minat ana hadiahkan buku ni kepada anta anta bacalah..”

“Eh jangan la ust kan ust nak baca”

“Tak ana kurang baca novel tak pe hadiah ke anta”

“Alhamdulillah….terima kasih la ust!”

Sinopsis ringkas BUMI CINTA sekadar berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat sekelian.

Secara ringkas di kulit akhir ada 2 orang karyawan melontarkan komentar tentang tulisan habiburrahman. Yg mana Lili Wong seorang pengulas dan pengkritik novel keturunan Tionghoa menyatakan bahawa “ Harmonis, cerdas, mengharukan dan memertabatkan nilai-nilai universal…”

Manakala seorang lagi ialah Dani Sapawie seorang pengarah perfileman Indonesia menyatakan komentarnya “ Superb, amazing, exciting and real….”

Daripada 2 pandangan fositif karyawan tersebut kita mungkin dapat simpulkan bahawa buku ini menarik untuk di baca.

Cerita memang mengolah tentang penerapan nilai-nilai Islam yg cuba di tonjolkan oleh seorang pemuda yang bernama Ayyas.

Ayyas seorang cintakan Ilmu agama berhijrah ke Moscow semata-mata untuk melaksanakan tugasan penyelidikan tentang sejarah.

Kemudian di kediaman tempat tinggal dia berjiran dengan 2 orang gadis rusia yg hidup bebas. Gadis dua orang itu memang mempunyai perwatakan ayu dan menawan.

Antara cebisan karya tentang Ayyas yg menanggung tekanan yg teramat kuat bagi mengelak godaan gadis yg ayu itu ia berbunyi begini:

Ayyas sudah memejamkan kedua matanya. Dia ingin segera lelap. Tetapi bayangan Yelena dengan segala keindahan tubuhnya, yang baru saja dilihatnya meskipun sekejap, seolah-olah hadir di pelupuk matanya. Bayangan cantik wajah Anastasia Palazzo juga menari-nari di pelupuk matanya. Darah mudanya semakin hangat. Ayyas berusaha menepis bayangan itu tapi tidak mudah. Bayangan itu seperti tersimpan dan menempel erat di salah satu sudut hatinya. Seperti virus di komputer yang tidak mudah dihilangkan. Ayyas merasa ujian keimanan ini terasa lebih berat daripada musim dingin yang paling menggigit sekalipun.

Begitu secara ringkas. Wassalam.

2 comments:

Edda said...

nice

Mhamdan said...

YE EDDA MEMANG SERONOK BACA, SAYA SBENARNYA BACA PUN TAK KHATAM LAGI HEHE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...