-

Saturday, August 7, 2010

Hasilnya

Dalam kancah kehidupan yg penuh dengan kesibukkan. Masih ada kelapangan. Sekiranya ia direalisasikan dalam pengurusan masa yg bijak.

Masakan 24 jam sibuk sokmo!. Cakap orang kelantan.

Pejam celik pejam celik dah nak puasa. Ya Allah besarnya nikmat mu dengan penganugerahan bulan yg sangat istimewa buat kami semua.
Bulan bonus!

Hebatkan kalau kita diberikan bonus oleh majikan apa perasaan? tentu gembira. Gembira yg amat sangat.

Kerana melalui bonus tersebut banyak masalah kewangan kita akan langsaikan. Hutang, bayaran kete tertunggak, bayar itu bayar ini pendek kata lega perasaan lega jiwa.

Namum, saya tersangat suka semalam. Apa kabarnye suka ni.
Ialah mana tak sukanya lada yg saya tanam 3 bulan lepas dah dapat hasil.

Cuba tengok...dari bijih yg kecil lalu saya semai kemudian saya siram hari2 dan juga saya bajainya.

Cantikkan! dari kaler hijau bertukar jadi merah.

Biasa petang lepas balik dari keje kalau sempat saya akan habiskan masa kat belakang rumah buat apa yg patut.

Buang rumput pokok liar dan buang daun2 kering.

Suka sangat tengok hasil yg kite usahakan sendiri.

Begitulah dalam etika kehidupan yg berhemah kita buat kita dapat. Buat baik dapat pahala buat jahat dapat dosa.

Kalau kita rajin hasilkan sesuatu walaupun sibuk sekalipun kita akan dapat hasilnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...